HONDA NT1100 (2022) baru saja dilancarkan di Eropah sebagai model sport-touring yang diadaptasi daripada platform model advencer, Africa Twin CRF1100L.
Ini bermaksud model tersebut memiliki enjin 4-lejang 4-injap dwi-silinder sebaris berkapasiti 1084cc SOHC penyejukan cecair yang sama seperti Africa Twin, berkuasa 100.5hp @ 7,500rpm dan 105Nm @ 6,250rpm.
BACA >>> Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k
BACA >>> Honda Africa Twin Akan Ada Ciri Kawalan Jelajah
Berikut perincian mengenai NT1100 (2022):
- Ditawarkan dalam dua opsyen transmisi Standard (manual 6-kelajuan ) dan DCT (dual-klac 6-kelajuan).
- Memiliki berat basah 238kg untuk varian Standard, dan 248kg untuk DCT.
- Dipasangkan fairing penuh dan visor angin tinggi bagi memenuhi fungsi sebagai jentera sport-tourer.
- Saiz tayar 120/70 R17 (depan) dan 180/55 R17 (belakang), kapasiti tangki 25 liter.
- Tinggi pelana 810mm, lebih rendah daripada Africa Twin (860mm).
- Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 43mm jenis prabeban boleh laras di depan dan, monoshock jenis prabeban boleh laras di belakang
- Siap dipasangkan kotak sisi.
- Sistem dwi-brek cakera apung 310mm dengan kaliper 14-piston (depan), dan brek cakera tunggal 256mm dengan kaliper 1-piston. Kedua-dua roda dipasnaglan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Dilengkapi panel meter TFT skrin sentuh 6.5 inci yang sertakan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Ada ciri kawalan jelajah (cruise control) dan tiga mod enjin, serta dua mod boleh laras secara kustom.
- Lima mod tersebut menawarkan tahap kawalan traksi dan kawalan wheelie berbeza. Setiap mod mengawal kawalan terotel dan kekuatan brek enjin.
- NT1100 (2022) di pasaran UK dijual pada harga £11,999 (RM 68,790) untuk varian Standard, dan £12,999 (RM74,520), DCT.
Leave a Reply