• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Akan Bekalkan Jentera Lumba Elektrik untuk MotoE Bermula 2023

Ducati Akan Bekalkan Jentera Lumba Elektrik untuk MotoE Bermula 2023

October 28, 2021 By Wahid Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI akan membekalkan jentera untuk perlumbaan kelas motosikal elektrik Piala Dunia FIM Enel MotoE bermula 2023 hingga 2026, susulan penarikan diri Energica selepas musim 2022.

Keputusan diumumkan Ducati di pusingan GP Misano, hujung minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali berkata, penglibatan dalam kejuaraan itu akan memberikan input kepada Ducati untuk menghasilkan motosikal elektrik Ducati yang dijangka dilancarkan selepas 2025.

Domenicali berkata;

Kami akan menghasilkan jentera lumba prestasi tinggi dan ringan untuk setiap pelumba dalam kejuaraan Piala Dunia FIM Enel MotoE. Faktor paling penting untuk jentera lumba adalah aspek keringanan yang juga menjadi DNA Ducati."

Walaupun pernah masa depan akan dikuasai motosikal elektrik, Ducati sebenarnya tidak begitu gemar terhadap konsep tersebut kerana menjadi faktor utama mengehadkan prestasi motosikal.

Domenicali mengharapkan ada teknologi baharu yang mampu menggantikan bateri lithium-ion yang digunakan sekarang dalam kenderaan elektrik (EV) masa kini. Maksudnya, adalah perkembangan teknologi bateri kering yang dapat menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding bateri kecil.

Bateri lithium-ion hari ini menggunakan cecair elektrolit yang bersaiz besar dan berat. Malah, saiz dan berat bateri boleh bertambah jika mahukan aspek kuasa lebih tinggi.

Selain itu, motosikal elektrik juga memerlukan masa lebih lama untuk dicas berbanding masa mengisi minyak untuk motosikal dengan enjin pembakaran dalam.

 

Related

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Ducati Claudio Domenicali, Claudio Domenicali, Ducati, motosikal elektrik, Piala Dunia FIM Enel MotoE, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my