BEBERAPA hari lalu, dua keping foto sebuah Honda Jazz warna kelabu dibalut riben merah jambu tular di media sosial. Salah satu foto itu memaparkan mesej khas di atas kertas putih yang ditempatkan di atas papan pemuka di hadapan kerusi pemandu.
Mesej itu ialah ‘2012-2021 Jazz Last Production Unit Bye…Bye’. Ada sahabat yang berkongsi foto itu memberitahu bahawa model Jazz akan diganti dengan Honda City Hatchback yang mungkin dilancarkan hujung tahun ini.
BACA >>> Harga Honda City Hatchback Bocor di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Ini?
BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!
Hari ini, Honda Malaysia pula memaparkan satu video dan foto dengan kapsyen City Hatchback Serba baharu bakal tiba. Kereta berwarna merah itu dipapar tanpa sebarang kamoflaj.
Secara tidak langsung, mesej itu juga seakan memaklumkan jenama pesaing agar sila tepi sikit untuk memberi laluan kepada kemunculan produk terbaharu mereka. Pencabar langsung kepada City Hatchback sudah semestinya Toyota Yaris.
Berdasarkan foto itu, model hatchback terbaharu Honda adalah varian RS dengan lencana e:HEV. Ada laporan menyatakan Honda Malaysia mungkin menawarkan pilihan kedua selain hibrid iaitu versi trenkuasa sama seperti City iaitu aspirasi biasa (NA) 1.5 liter. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi Honda Malaysia nanti.
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k
BACA >>> #PanduUji: Honda City (2020) Varian V, Masihkah Sedan Segmen-B Terbaik?
Model City Hatchback membuat debut global di negara jiran, Thailand pada penghujung tahun lalu dan pasaran Negara Gajah Putih itu menerima model hatchback lima pintu itu dengan trenkuasa 3-silinder 1 liter turbo beserta transmisi CVT.
Indonesia pula menerima ketibaan City Hatchback pada suku pertama tahun ini, Mac 2021, dengan varian RS. Bagaimanapun, trenkuasa digunakan ialah aspirasi normal (NA) 4-silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC.
BACA >>> Jualan Automotif Asean: Indonesia, Singapura Paling Teruk, Malaysia Kurang Terjejas
Leave a Reply