• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / UMWT Perkenal Program Loyal-T Toyota, Bantuan Jalanan 24Seven untuk Pelanggan Toyota

UMWT Perkenal Program Loyal-T Toyota, Bantuan Jalanan 24Seven untuk Pelanggan Toyota

November 1, 2021 By Azhan O Leave a Comment

401
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA  baik pemilik Toyota semalaysia. UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan program Loyal-T Toyota yang menjanjikan lebih banyak nilai dan ganjaran serta keselesaan tambahan untuk dinikmati semua pelanggan Toyota di Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, menjadi keutamaan Toyota untuk memastikan pelanggan sentiasa rasa dihargai. Kini UMWT berbesar hari memperkenalkan program kesetiaan kepada pelanggan secara langsung.

APAKAH PROGRAM LOYAL-T TOYOTA?

Program Loyal-T Toyota ini menawarkan mata ganjaran kepada semua pelanggan Toyota yang membeli kenderaan, melakukan servis kereta, membeli alat ganti, memperbaharui insurans dan membaik pulih, cat dan badan di semua cawangan rasmi Toyota seluruh negara.

Semua mata ganjaran dikumpulan itu membolehkan pelanggan Toyota menukarnya kepada baucar e-servis yang boleh ditebus dan digunakan untuk servis akan datang. Program itu menggantikan program Toyota Merit sebelum ini yang berakhir Jun lalu.

Caranya, pelanggan perlu mendaftar dalam program Loyal-T Toyota dengan memuat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive daripada Google Play Store atau Apple App Store.

Selepas dimuat turun dan membuka aplikasi berkenaan, pelanggan akan diminta mendaftarkan butiran diri dengan Toyota yang mana semua maklumat diberikan dijamin selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata, konsep dan skim ganjaran berkenaan serta struktur keahlian menyeluruh sudah menjadi pertalian jangka panjang antara Toyota dan pelanggan selama ini.

Menurutnya, struktur keahlian menyeluruh menerusi program Loyal-T Toyota mengiktiraf pertalian berkenaan, dan menjadi tanda komitmen Toyota dengan pelanggan untuk beberapa generasi mendatang.

Pelanggan Toyota digalakkan memanfaatkan program Loyal-T Toyota menerusi semua ganjaran ditawarkan. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.toyota.com.my

APLIKASI MUDAH ALIH DAN BANTUAN JALANAN 24SEVEN TOYOTA

Konektiviti mobiliti adalah cara baru dalam industri automotif menerusi kehadiran Internet, perisian dalaman dan sistem navigasi global canggih yang boleh diakses menggunakan telefon pintar. Boleh dikatakan, tiada perkara tidak boleh dilakukan untuk kita menikmati pengalaman pemanduan yang selesa dan  menyeronokkan.

Pengalaman pemanduan hari ini sememangnya memudahkan, lebih bercirikan personal dan juga menyeronokkan serta menenangkan fikiran.

Bagi pemilik Toyota, perkhidmatan bantuan jalanan sedia ada kini mengorak langkah lebih maju ke depan dengan pengenalan aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.

Uniknya, program ini kali pertama ditawarkan dalam industri. Apa diperlukan, anda cuma perlu ada telefon pintaruntuk mendapatkan bantuan segera walaupun cuma untuk masalah kecil seperti kehabisan minyak atau mengalami tayar pancit.

Apa anda dapat daripada aplikasi  Bantuan Jalanan 24Seven Toyota ini:

  • Minta bantuan menerusi aplikasi mudah alih di telefon, dan bantuan akan tiba pantas.
  • Jika anda lebih selesa bercakap dengan seseorang di talian, anda masih boleh menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-888-247.
  • Ada butang SOS dengan ciri jejak secara masa nyata (real-time). Ini membolehkan pemilik Toyota menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan tiba kepada mereka.
  • Jaminan bantuan datang dari cawangan rasmi Toyota atau penyedia perkhidmatannya.
  • Pemilik kenderaan ada pilihan mendapatkan bantuan dari cawangan Toyota kegemaran mereka untuk mendapatkan semua servis  yang ditawarkan secara 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan sepanjang tahun di seluruh negara!
  • Bantuan Jalanan juga menawarkan baik pulih minor di lokasi dan khidmat tunda (hingga 50 km) kepada pemilik Toyota, tertakluk terma dan syarat.

Ravindran K berkata;

UMWT sudah menyediakan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota kepada pelanggan Toyota sejak 20 tahun lalu dan program itu terus ditambah baik bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau ketika berada di jalanan.

Dengan perkembangan teknologi mudah alih yang semakin maju, langkah seterusnya bagi kami adalah untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membawa servis ini ke tahap lebih tinggi."

SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA

Perkhidmatan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota turut disepadukan dengan Sistem Telematik Kenderaan
(VTS) Toyota terbina dalam (in car) dalam model Toyota generasi baharu yang membolehkah pemandu mempunyai hubungan lebih peribadi dan unik dengan kenderaan masing-masing.

VTS mula diperkenalkan Toyota pada 2019, dan memberikan manfaat kepada ramai pelanggan Toyota melalui aplikasi mudah alih ditawarkan.

Apa ditawarkan VTS?

  • Kenderaan boleh dipantau menggunakan GPS, dan lokasi pemilik dapat dikenal pasti melalui aplikasi mudah alih.
  • Membantu pihak berkuasa terlibat mengesan dan menemukan semula kenderaan jika perlu
  • Juga boleh mengesan impak dan khidmat kecemasan dapat dihantar ke lokasi jika ada keperluan.
  • Pemilik kenderaan dapat menyemak semula sejarah perjalanan dan laporan minit ke minit, jarak dilalui, dan tempoh keseluruhan perjalanan.
  • Pemilik dapat melihat semula paten memandudalam perjalanan dan menetapkan parameter keselamatan untuk memantau perjalanan orang tersayang jika diperlukan, terutama pemandu baru dan masih muda.

Akio berkata;

Dengan teknologi makin maju, kereta juga begitu. Ini tidak dapat dielakkan, dan kita telah melihat kenderaan berevolusi sejak 20 ke 30 tahun lalu untuk menjadi lebih selamat, bersih, lebih ekonomikal, menawarkan prestasi lebih baik, dan kini berkembang untuk menjadi lebih pintar dan boleh menawarkan interaksi lebih meluas kepada pemandu. Pengangkutan dan komunikasi bakal saling terhubung untuk memberikan manfaat di masa depan, dalam era keterhubungan mobiliti"

Sekarang, mari kita ringkaskan jenis manfaat yang anda bakal peroleh menerusi perkhidmatan bantuan jalanan 24Seven Toyota dan sistem telematik kenderaan Toyota:

MANFAAT UTAMA BANTUAN JALANAN 24Seven TOYOTA
  • Tersedia 24 jam sehari, dan 7 hari seminggu di seluruh negara.
  • Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol.
  • Baik pulih minor di lokasi percuma.
  • Tundaan percuma dalam negeri, tertakluk terma dan syarat.
  • Muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store.
MANFAAT UTAMA SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA
  • Pemantauan kenderaan melalui GPS.
  • Respon kecemasan jika ada impak perlanggaran dikesan.
  • Koordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan menerusi Pusat Kawalan 24/7
  • Menjejak beberapa kenderaan dalam satu aplikasi.
  • Melihat dan merakam maklumat operasi kenderaan.
  • Makluman dan notifikasi untuk keadaan spesifik.
  • Memantau skor pemandu untuk tabiat memandu yang lebih selamat.
  • Waranti 5-tahun.

Related

401
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: 24Seven Toyota, Akio Takeyama, Auto Terkini, BANTUAN JALANAN 24SEVEN TOYOTA, Loyal-T Toyota, Ravindran K, Sistem Telematik Kenderaan (VTS), SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev