• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suka Jadi Duka, Seorang Rakan Konvoi ke Cameron Maut Bergesel Sesama Sendiri

Suka Jadi Duka, Seorang Rakan Konvoi ke Cameron Maut Bergesel Sesama Sendiri

October 18, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESERONOKAN bertukar tragedi. Inilah nasib menimpa sekumpulan anak muda yang mahu berkonvoi ke Cameron Highlands apabila motosikal ditunggangi mereka saling bergesel sesama sendiri hingga menyebabkan salah seorang maut dalam kemalangan di Kilometer 157.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Nibong Tebal di Seberang Perai, semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 9 pagi melibatkan seorang pelajar kolej, Muhammad Zikrikhan Rizadhan, 18, yang maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, insiden itu membabitkan empat motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Juru menuju ke Cameron Highlands, Pahang.

kemalangan-nibong-tebal-y15zr-1
kemalangan-nibong-tebal-y15zr-2

Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal bergesel dengan motosikal mangsa di sebelah kanan sebelum bergesel dengan sebuah motosikal lain di sebelah kanan. Motosikal mangsa turut bergesel dengan motosikal keempat di sebelah kiri sebelum semua kenderaan itu terseret dan terhenti di lokasi kejadian.

Semua motosikal terlibat didapati berada di lorong kiri sebelum kemalangan berlaku.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kematian akan diperole selepas bedah siasat dibuat apabila keputusan ujian Covid-19 diperoleh. Tiga lagi penunggang berusia 19, 21 dan 23 tahun mengalami kecederaan, manakala semua motosikal terlibat mengalami kerosaka.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

SUMBER: Kosmo

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kapcai, kemalangan jalan raya, kemalangan motosikal, Nahas Jalan Raya, x, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev