DUO pelumba Kawasaki Racing Team WorldSBK, Jonathan Rea dan rakan sepasukan Alex Lowes bakal menggunakan liveri khas pada jentera lumba Kawasaki ZX-10RR masing-masing.
Pengenalan skema warna baharu itu adalah sempena memperingati ulang tahun Kawasaki ke-125 yang secara kebetulan diadakan pada pusingan di Argentina dan penganjuran semula Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Litar Circuito San Juan Villicum.
BACA >>> Rea Terkejut Ada Cerita Dia dan Petronas Yamaha SRT
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
Ulang tahun itu juga menandakan era baharu Kawasaki yang kini menggunakan logo 'sungai'. Skema warna baharu pada jentera Rea dan Lowes dibuat sempena meraikan masa silam, hari ini dan masa depan Kawasaki.
BACA >>> #BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri
Rea akan beraksi dengan jentera yang mengambil ilham seragam ZXR 750 H2 dari Daytona di Amerika Syarikat (AS), iaitu dalam warna hijau-putih-biru.
Skema warna itu pernah popular dan digunakan pelumba Scott Russell (foto atas) yang dinobatkan juara WorldSBK 1993. Malah, Russell pernah menempah kejayaan di AS hingga dikenali sebagai ‘Mr Daytona’.
Jentera Lowes pula dihiasi liveri yang diilhamkan daripada filem Top Gun 1986, lakonan aktor Tom Cruise, iaitu model motosikal GPZ 900 (lihat foto bawah).
Dalam filem itu, motosikal ditunggang Cruise diwarnakan merah-hitam, iaitu warna sama yang akan disarungkan pada jentera lumba Lowes (ZX-10RR) pada perlumbaan pertama di San Juan Villicum.
BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya
BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
SUMBER: WorldSBK
Leave a Reply