• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki KRT Guna Seragam Baharu Sempena Tribut Aniversari ke-125

Kawasaki KRT Guna Seragam Baharu Sempena Tribut Aniversari ke-125

October 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUO pelumba Kawasaki Racing Team WorldSBK, Jonathan Rea dan rakan sepasukan Alex Lowes bakal menggunakan liveri khas pada jentera lumba Kawasaki ZX-10RR masing-masing.

Pengenalan skema warna baharu itu adalah sempena memperingati ulang tahun Kawasaki ke-125 yang secara kebetulan diadakan pada pusingan di Argentina dan penganjuran semula Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Litar Circuito San Juan Villicum.

BACA >>> Rea Terkejut Ada Cerita Dia dan Petronas Yamaha SRT
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor

Ulang tahun itu juga menandakan era baharu Kawasaki yang kini menggunakan logo 'sungai'. Skema warna baharu pada jentera Rea dan Lowes dibuat sempena meraikan masa silam, hari ini dan masa depan Kawasaki.

BACA >>> #BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri

Rea akan beraksi dengan jentera yang mengambil ilham seragam ZXR 750 H2 dari Daytona di Amerika Syarikat (AS), iaitu dalam warna hijau-putih-biru.

Skema warna itu pernah popular dan digunakan pelumba Scott Russell (foto atas) yang dinobatkan juara WorldSBK 1993. Malah, Russell pernah menempah kejayaan di AS hingga dikenali sebagai ‘Mr Daytona’.

Jentera Lowes pula dihiasi liveri yang diilhamkan daripada filem Top Gun 1986, lakonan aktor Tom Cruise, iaitu model motosikal GPZ 900 (lihat foto bawah).

Dalam filem itu, motosikal ditunggang Cruise diwarnakan merah-hitam, iaitu warna sama yang akan disarungkan pada jentera lumba Lowes (ZX-10RR) pada perlumbaan pertama di San Juan Villicum.

BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya
BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Rea_Lowes__6
Kawasaki KRT Liveri
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Rea__1
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Lowes__12
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Rea_Lowes__8
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Lowes__14
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Rea__25
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Lowes__20copia
KRT_WorldSBK_ZX-10RR_Argentina_Livery_Rea__15copia

SUMBER: WorldSBK

Artikel Berkaitan

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Lowes, Jonathan Rea, Kawasaki GPZ 900, Kawasaki Racing Team (KRT), kawasaki zx-10rr, Kawasaki ZXR 750 H2, Mr Daytona, San Juan Villicum, Scott Russell, Tom Cruise, Top Gun 1986

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my