• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan

6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan

November 8, 2016 By Han Othman 3 Comments

559
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

tip-memandu-malam
SESETENGAH orang gemar memandu malam. Di Malaysia misalnya, memandu malam kurang meletihkan kerana cuaca lebih sejuk berbanding siang. Malah, jumlah kereta juga tidak sebanyak siang (kecuali hari perayaan), sekali gus membuatkan perjalanan lebih lancar.

Namun, memandu malam sebenarnya lebih berisiko berbanding memandu siang. Sudah tentu faktor yang mempengaruhi risiko bahaya antara kedua-dua situasi memandu itu ialah kejelasan pemanduan. Apabila memandu malam, anda bergantung kepada sumber cahaya yang dibekalkan kereta dan objek lain seperti lampu jalan. Jika berlaku kegagalan sumber cahaya, pandangan anda akan terjejas. Malah, pemanduan boleh terganggu disebabkan cahaya kenderaan lain seperti lampu suluh tinggi atau lampu kabus belakang yang dipasang sesuka hati.

Apapun, jika masih berkeras atau tidak dapat mengelak daripada memandu malam, sila ikuti 6 tip di bawah sebagai pedoman supaya kekal selamat sepanjang perjalanan. Akhir kata, sentiasa berhati-hati di jalan raya!

1. MALAPKAN CAHAYA DALAM KABIN

panel-meter-malam
Elakkan mata daripada memandang terus cahaya lampu kenderaan hadapan kerana boleh membuatkan mata anda buta seketika. Malah, cahaya dari dalam kabin seperti papan pemuka atau lampu baca di kerusi penumpang juga boleh mengganggu pandangan hadapan anda.

Sila pastikan pencahayaan daripada panel instrumen atau papan pemuka digelapkan semalap mungkin supaya anda dapat melihat pandangan hadapan dengan jelas, termasuk tidak menjejaskan pandangan pengguna jalan raya lain.

2. PANTAU SITUASI JALAN RAYA

pandangan-kereta-malam
Mata anda mesti sentiasa memantau situasi jalan sepanjang memandu malam. Jangan fokus kepada satu titik sahaja. Masalah persepsi dalaman (depth perception) memang kerap berlaku apabila seseorang itu memandu malam yang menyebabkan anda sukar membuat anggaran atau andaian seperti mengenal pasti jarak memotong, objek sebenar dan lain-lain.

Jangan terlalu stres dengan memaksa mata anda memfokuskan sesuatu objek hingga mengabaikan perkara lain. Ini boleh menyebabkan mata anda mengalami masalah kekeringan dan keletihan.

3. SENGGARA LAMPU DEPAN

lampu-depan-malam

Kita kerap terlepas pandang tentang kemungkinan lampu depan tidak dijajarkan sebetulnya. Pastikan lampu depan dihalakan dengan betul supaya anda dapat melihat pandangan hadapan dengan jelas, termasuk tidak 'membutakan' pemandu di hadapan.

Lampu depan ibarat nyawa. Ia sangat penting untuk mengetahui apa yang dilihat apabila memandu malam. Lakukan senggaraan dengan betul. Jika memandu ke kawasan pedalaman, retina haiwan mampu memantulkan semula lampu depan kereta anda. Jangan panik dan cuba melihat secara terus ke arah pantulan tersebut. Pandu seperti biasa dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan haiwan itu berada atas jalan atau mahu menyeberang jalan.

4. KEKAL JARAK SELAMAT

ikut-belakang-kereta-malam
Supaya selamat, lebih baik anda mengekalkan jarak selamat antara anda dan kenderaan hadapan. Ingat, memandu malam bukan saja mencabar bagi anda, tetapi juga pengguna jalan raya lain. Jika mereka tidak dapat melihat sesuatu objek hingga minit akhir atau ada haiwan tiba-tiba melintas, mereka pasti akan membrek mengejut. Bukankah itu membahayakan anda? Kekalkan jarak selamat. Berikan masa membrek yang cukup.

5. LAP CERMIN DEPAN DENGAN SURAT KHABAR

suratkhabar-cermin-depan
Apabila siang, cermin depan anda nampak terang, bersih dan jelas. Namun, pada malam anda mungkin perasan pandangan agak terganggu akibat biasan dan tempias cahaya pada cermin depan yang datang dari lampu kenderaan hadapan atau lampu jalan. Cuba lap cermin depan kereta dengan surat khabar untuk menyingkirkan debu dan habuk yang ada.

6. TIDUR SEBENTAR

Kredit foto: Getty Images

Jika rasa letih, cari tempat selamat dan cubalah tidur sebentar. Secara normal, kebanyakan kita tidur sebelah malam. Ini membuatkan paten berjaga kita sedikit terganggu kerana perlu memandu malam. Apa yang perlu dilakukan ialah tidur sebentar apabila anda rasa mengantuk untuk mendapatkan kesegaran semula. Jika ada penumpang dalam kereta, mintalah dia memandu dan anda pula tidur secara bergilir.

SUMBER: Autoblog.com

Related

559
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 6 tip memandu malam, autotainment, tip automobil, tip memandu malam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev