• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shinya Ikeda Kini CEO Baharu Mitsubishi Motors Malaysia, Berkuat Kuasa 11 Oktober

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu Mitsubishi Motors Malaysia, Berkuat Kuasa 11 Oktober

October 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu yang akan menggantikan Tomoyuki Shinnishi berkuat kuasa 11 Oktober lalu.

Sekadar makluman, Shinnishi menjawat jawatan CEO MMM sejak Oktober 2016. Ikeda sebelum ini merupakan Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Jepun untuk bisnes automotif sejak 2019. 

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Tawar Program Hantar Kereta Baharu ke Rumah Pelanggan
BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

Ikeda memulakan karier beliau di Jepun pada 1995 dan menyertai Mitsubishi Corporation pada 2008. Tugasan pertama beliau ialah menguruskan pelaburan bisnes automotif di Malaysia.

Pada Mac 2009 hingga Mei 2012, Ikeda berkhidmat Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Pengurus Besar MMM, terlibat dengan membawa pembangunan bisnes baharu.

Sejak itu, Ikeda sudah menjawat beberapa jawatan penting dan memiliki pengalaman luas dalam automotif serta kewangan dengan Mitsubishi Corporation termasuk di beberapa pasaran seperti Jepun, Indonesia, Rusia dan Jerman.

Ikeda berkata:

“Saya berasa teruja untuk menyertai pasukan MMM. Syarikat sudah berkembang menjadi salah satu jenama automotif kukuh di negara ini.

“Seperti diumumkan dalam Pelan Perniagaan Jangka Sederhana Mitsubishi Motors Corporation (MMC) tahun lalu, MMC akan terus fokus ke pasaran Asean dan Malaysia untuk mengembangkan kedudukan jenama Mitsubishi.

“Saya tidak sabar bekerjasama dengan pasukan dan menyumbang ilmu dan pengalaman yang ada. Saya juga gembira dapat kembali semula ke Malaysia.”

Sepanjang khidmat Shinnishi, MMM berjaya memperkenalkan model baharu Triton dan crossover tujuh tempat duduk Xpander. Malah  Xpander berjaya muncul sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional nombor satu Malaysia.

BACA >>> Bilik Pameran dan Pusat 3S Mitsubishi Kini Dibuka Di Bandar Bukit Raja, Klang
BACA >>> Thailand Lancar Mitsubishi Xpander Passion Red Edition Sempena Ulang Tahun ke-60
BACA >>> Kakitangan Awam Boleh Bayar Insurans Kenderaan dan Cukai Jalan Secara Ansuran
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material
BACA >>> Honda Civic Sedan, Hatchback (2022) Raih Rating Tertinggi TSP+ 2021 IIHS

Related

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mitsubishi Corporation Jepun, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Pelantikan, Roda4, Shinya Ikeda, Tomoyuki Shinnishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my