• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Enjin Daihatsu Perodua Bernilai RM500 Juta Dirasmikan - Mampu Hasil 216,000 Enjin Setahun

Kilang Enjin Daihatsu Perodua Bernilai RM500 Juta Dirasmikan - Mampu Hasil 216,000 Enjin Setahun

November 8, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

756
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DPEMDAIHATSU Motor Co. Ltd dan Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua) secara rasmi membuka Kilang Enjin Daihatsu Perodua (DPEM) di Sendayan, Negeri Sembilan.

Pelaburan kerjasama bernilai RM500 juta itu merupakan usahasama penting kedua oleh Daihatsu selepas kilang pemasangan transmisi, Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd.

“ Kedua-dua barisan pengeluaran DPEM dan Akashi sudah  beroperasi, kami dapat menawarkan solusi komponen enjin secara komprehensif kepada pengilang peralatan tulen (OEM) automotif,” kata Pengerusi DPEM, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Kilang Enjin Daihatsu Perodua
DPEM

Tambah Asmat, DPEM setakat ini memiliki dua pembekal OEM bagi produknya dan masih mencari pengeluar yang dapat membekalkan komponen enjin.

“ Pelaburan ini adalah tepat pada masa kerana kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan menggalakkan kepelbagaian sumber pendapatan seiring dengan saranan Perdana Menteri yang tidak terlalu bergantung kepada industri minyak,” katanya.

kilang-enjin-daihatsu-perodua-dpem_pandulajudotcomdotmy-15ENJIN PERODUA BEZZA

Mula beroperasi pada Mei lalu, DPEM membekalkan komponen enjin bagi model Perodua Bezza. Dengan kekuatan 202 pekerja, kilang enjin berkeluasan 5 ekar yang dibangunkan atas tanah seluas 35 ekar. Ia merangkumi kemudahan bilik solat, kantin, bilik simpanan barang dan hostel.

Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua

216,000 UNIT ENJIN SETAHUN

Dengan dua shif, DPEM mampu menghasilkan sebanyak 216,000 unit enjin setahun. Sehingga kini, DPEM sudah mengeluarkan 35,000 unit enjin.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, Timbalan Presiden Eksekutif Daihatsu Co. Ltd, Hiroyuki Yokoyama dan Pengarah Urusan DPEM, Koji Miyake.

GALERI

Kilang Enjin Daihatsu Perodua
DPEM
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
DPEM
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
DPEM
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua
Kilang Enjin Daihatsu Perodua

Related

756
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, DPEM, Kilang Enjin Daihatsu Perodua, Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my