BOON Siew Honda (BSH) mungkin melancarkan kapcai baharu, 'Winner X' di pasaran tempatan dengan nama 'RS-X' sebelum Krismas nanti.
Ia berikutan desas-desus yang bertiup kencang beberapa hari lalu dan beberapa pengedar khabarnya sudah membuka tempahan awal kepada pembeli berminat.
BACA >>> Honda Winner X (2021) Lancar di Maldives dengan Harga Kayangan, Mula RM23.3k!
BACA >>> Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
Facebook Prima Setia Motor menerusi satu perkongsian menyatakan penantian untuk model motosikal 'Winner X' atau 'RS-X 150' itu bakal berakhir tidak lama lagi.
Laman sosial itu memaparkan kapcai biru-hitam dengan lencana Winner X tona emas dan rim hitam dengan sistem suspensi fork konvensional dan monoshock. Khabarnya, model dipamer itu adalah versi Vietnam yang sekadar untuk tontonan, sebaliknya model pasaran Malaysia khabranya lebih menarik.
Bagaimanapun, BSH masih enggan membuka mulut mengenai supermoped itu walaupun foto acah model tersebut yang sedang menjalani ujian enduran suda dirakamkan beberapa kali. Apapun, kita tunggu saja berita baik daripada BSH.
BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas
BACA >>> #Spyshot: RS150R (2021) V2 Sedang Diuji di Pulau Pinang?
ainiloren says
Hai..saya pemilik rs v2 trico..beli pd ramadan trkini..harga tunai..berangan utk 'trade in'..layak ke?jika ya,sya ingin pencerahan.tq.bye.
Guna says
How much
Effendi says
Saya nak booking
john says
Mengarut kalau nak trade in rs v2 ambik yang ni...pakai motor sampai betul-betul rosak...kalau alat ganti dah hampir tiada, baru la pikir ambik yang baru...jangan ikut trend sangat...jangan jadi macam aku...rasa menyesal pakai motor yang ada injection dengan coolant ni...banyak benda nak kena jaga...aku selesa kalau pakai motor yang jenis carburetor....kalau boon siew honda masih keluarkan ex5 dream yang jenis carburetor tu memang aku beli dah...biar tak laju takpa janji senang maintenance tak renyah macam motor injection...