• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SDAP Tawar Tiga Varian EV Porsche Taycan Cross Turismo, Harga Mula RM645k!

SDAP Tawar Tiga Varian EV Porsche Taycan Cross Turismo, Harga Mula RM645k!

October 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SIME Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan tiga varian terbaharu kenderaan elektrik (EV) penuh Porsche Taycan Cross Turismo di pasaran Malaysia.

Kereta sport EV penuh itu merupakan model pertama Porsche dalam segmen Cross Utility Vehicle (CUV) yang hadir dengan inovasi teknologi pengecasan pantas 800 volt dengan banyak ciri termaju. Ini perinciannya:

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

VARIAN DAN HARGA

Ada tiga varian Taycan Cross Turismo yang ditawarkan di pasaran Malaysia dan berikut ialah senarai model dan harga permulaan:

  • Taycan 4 Cross Turismo  - RM645,209
  • Taycan 4S Cross Turismo -  RM728,727
  • Taycan Turbo Cross Turismo - RM968,928
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

BACA >>> Azmin: Porsche Percaya Malaysia Pintu Masuk Pasaran Asean
BACA >>> Kereta Porsche Boleh Gubah Lagu Ikut Gaya Memandu

PRESTASI 

Rangkaian model Cross Turismo hadir dengan pakej Performance Battery Plus yang menawarkan kapasiti 93.4 kWh sebagai ciri standard:

Taycan 4 Cross Turismo 
  • Menawarkan kuasa 280kW (374hp) manakala kuasa overboost untuk Launch Control meningkatkan output kuasa kepada 350 kW (469hp).
  • Masa pecutan dari kedudukan pegun ke 100kmj memerlukan masa 5.1 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj. Jarak pemanduan boleh cecah 437km mengikut Kitaran Pemanduan Baru Eropah (NEDC)
Taycan 4S Cross Turismo
  • Menjana kuasa 360kW (483hp), overboost dengan Launch Control meningkatkan output kepada 420kW (563hp).
  • Pecutan ke 100kmj memerlukan masa 4.1 saat, kelajuan maksimum  240kmj dan jarak pemanduan sejauh 436km (NEDC)
Taycan Turbo Cross Turismo
  • Output kuasa 460kW (616hp). Overboost kuasa dengan Launch Control mampu menjana kuasa 500kW (670hp).
  • Pecutan ke 100kmj dapat dicapai dalam masa 3.3 saat. Kelajuan maksimum pula 250kmj dan jarak pemanduan setiap cas ialah 425km (NEDC)

Casis teknologi tinggi Cross Turismo dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan suspensi angin adaptif hadir sebagai ciri standard pada semua varian, menawarkan ruang kelegaan lebih 20mm berbanding  Taycan salun.

BACA >>> Porsche 911 Turbo S Kini di Malaysia, Harga RM2.2j!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

OFFROAD DESIGN

  • Ada pakej pilihan tambahan Offroad Design yang menambah ruang kelegaan kepada 30mm dan membolehkan Cross Turismo meredah permukaan off-road mencabar.
  • Cross Turismo ada mod eksklusif Gravel yang menguruskan agihan daya tork menerusi penukaran cengkaman optimum dan tetapan lain casis. Ciri itu menyesuaikan Cross Turismo untuk menempuh pemanduan kualiti jalan raya teruk.

  • Offroad Design juga membabitkan trim arca roda, bampar unik depan dan belakang serta sil pada bahagian sisi kenderaan. Pakej itu juga membabitkan flap khas pada sudut bampar depan, belakang dan hujung sil untuk perlindungan tambahan terkena impak batu.
  • Taycan Cross Turismo boleh dilihat menerusi rangkaian pengedar Porsche Centres di seluruh negara dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Anda boleh buat janji temu melihat model itu secara dekat menerusi pautan ini: Taycan Cross Turismo

BACA >>> Tata Lancar Sedan Elektrik, Tigor EV di India, Boleh Pandu 306km, Harga Serendah RM67k
BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG
BACA >>> Suzuki Umum Pelan Ibu Pejabat Perniagaan EV, Swift Elektrik Akan Muncul?
BACA >>> Tidak Perlu Beli, Honda Jepun Tawar PCX Electric Secara Sewaan
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Sebab Kenapa Kunci Kereta Boleh Tersangkut

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cross Utility Vehicle (CUV), Porsche, Porsche Malaysia, porsche taycan cross turismo, Roda4, Sime Darby Auto Performance (SDAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev