• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Mahu Lancar 10 Model EV Di China Dalam Tempoh 5 Tahun

Honda Mahu Lancar 10 Model EV Di China Dalam Tempoh 5 Tahun

October 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

CHINA ialah pasaran kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia dan Honda mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sebanyak 10 model EV di negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

EV yang bakal dilancarkan adalah sebahagian daripada keluarga e:N Series dengan dua model yang akan dijual bermula musim bunga. Honda turut menyatakan rancangan eksport sebahagian model EV berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut mengenai strategi tersebut.

BACA >>> Prologue - SUV Elektrik Pertama Honda Bakal Debut 2024
BACA >>> SUV e:Prototype Diperkenal, Bakal Jadi Model Elektrik Pertama Honda di China

e:N Series akan mendokong motto Dynamic, Intelligence and Beauty. Kenderaan itu akan menggunakan arkitektur e:N dengan falsafah rekaan unik. Abjad e bermaksud energize dan electric manakala N mewakili New dan Next.

Honda-eN-Series-EVs-5
Honda-eN-Series-EVs-16

Penjelasan mengenai platform itu masih samar-samar tetapi apa yang pasti, Honda akan menggunakan tiga versi berbeza menawarkan pacuan roda depan, pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.

BACA >>> Honda Bakal Lancar 6 Model Elektrik dalam 36 Bulan Selepas e dan Jazz
BACA >>> Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...

Honda-eN-Series-EVs-19
Honda-eN-Series-EVs-4

Dua model pertama itu dipanggil e:NS1 dan e:NP1 yang nampaknya dibangunkan berasaskan model baharu HR-V. Kedua-duanya adalah versi crossover yang memaparkan desain hampir sama dengan gril penuh, lampu utama lebih tirus dan ruang kabin minimalis.

Honda-eN-Series-EVs-28
Honda-eN-Series-EVs-27

Model berkenaan akan dipasang kluster instrumen digital dan sistem infotainmen bersaiz besar dalam kedudukan menegak. Disebabkan saiznya terlalu besar, ia dipisahkan kepada tiga bahagian dengan panel paling bawah dikhaskan untuk kawalan iklim.

Honda tidak mendedahkan banyak maklumat perincian tetapi mengesahkan e:NS1 dan e:NP1 mampu dipandu sejauh 500km dan memecut sehingga 100kmj dalam masa kurang lapan saat.

BACA >>> Hanya VW, Volvo Bersedia Pasarkan Kereta Elektrik Sepenuhnya di Eropah
BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

Honda-eN-Series-EVs-6
Honda-eN-Series-EVs-1
Honda-eN-Series-EVs-7
Honda-eN-Series-EVs-14

Tiga varian yang nampak lebih menarik perhatian ialah konsep model e:N Coupe, e:N GT dan e:N SUV. Kesemua konsep itu memaparkan desain hampir sama dengan garis badan lebih tajam, set lampu bersaiz kecil dan permukaan bersegi. Semuanya gaya futuristik.

Honda ada menyatakan pelan untuk tidak lagi memperkenalkan model enjin pembakaran dalaman di China tetapi beralih kepada EV dan kenderaan bateri elektrik (BEV). 

BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!
BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!
BACA >>> Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040

Honda-eN-Series-EVs-2
Honda-eN-Series-EVs-25
Honda-eN-Series-EVs-24
Honda-eN-Series-EVs-21
Honda-eN-Series-EVs-4
Honda-eN-Series-EVs-3
Honda-eN-Series-EVs-23
Honda-eN-Series-EVs-15
Honda-eN-Series-EVs-14
Honda-eN-Series-EVs-9
Honda-eN-Series-EVs-11
Honda-eN-Series-EVs-12
Honda-eN-Series-EVs-16
Honda-eN-Series-EVs-17
Honda-eN-Series-EVs-13

SUMBER: CarScoops

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda China, Honda e:N Series, Honda HR-V Elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev