LEGENDA hidup, Valentino Rossi mengaku belum bersedia bersara daripada padok MotoGP yang kini hanya berbaki tiga pusingan perlumbaan dengan aksi terakhir berlangsung di Valencia, Sepanyol.
Rossi, yang tersenarai sebagai antara pelumba paling berjaya dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, dengan mengumpul sembilan kejuaraan dunia, iaitu dua kali juara, masing-masing dalam 125cc dan 250cc dan tujuh kali dalam kelas premier GP500cc/MotoGP.
BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Rahsia Sebenar Kejayaannya...
BACA >>> Valentino Rossi Bakal Jadi Abah
Pusingan di GP Emilia Romagna, Misano adalah aksi terakhir Rossi di laman sendiri yang terletak cuma 14km dari kampung halaman The Doctor, Tavullia. Penganjur dikatakan menambah 10,000 tiket tambahan untuk mengajak pengunjung Itali meraikan persaraan pelumba itu.
Rossi mengakui gelisah menanti persaraannya daripada MotoGP hujung musim ini.
Aku paranoid bak hang pasal Valencia (pusingan terakhir 2021). Aku fikir aku tak bersedia sangat nak bersara.
"Di Austria selepas umum (bersara), ia tak berapa nak pengaruhi aku. Di Valencia akan jadi lebih susah sebab lepas tu hidup aku akan berubah. Aku akan berhenti jadi rider MotoGP. Bukan senang, tapi semua tu akan jadi masa yang baguih duk ada untuk aku."
Rossi menjadi pelumba paling menyinar pada dekad milenia apabila meraih tujuh kali kejuaraan dunia 500cc/MotoGP antara 2001 dan 2009 bersama Honda dan Yamaha. Sejak debut pada 2000, Rossi juga mengumpul 199 podium walaupun hanya mendapat lapan kejuaraan sejak 2018, manakala kejuaraan terakhir adalah di Assen, pada 2017.
Persaraan pelumba Itali itu semakin jelas musim ini ketika menyarung sut Petronas Yamaha SRT apabila buat kali pertama beliau gagal meraih sebarang podim, dan hanya dua kali mendapat keputusan di bawah 10 terbaik.
BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya
BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply