• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jedi K750 - Harapan untuk Ubah Stigma Negatif Motosikal 'Made In China'?

Jedi K750 - Harapan untuk Ubah Stigma Negatif Motosikal 'Made In China'?

October 13, 2021 By Aryon Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN berdepan pelbagai stigma negatif tentang motosikal 'made in China', pengeluar dari Negara Tembok Besar itu masih tidak jemu memperkenalkan model-model dua roda baharu kepada pasaran dunia.

Walaupun banyak produk dari China bergelut dengan kontroversi isu hak cipta dan plagiat, termasuk aspek kualiti, tetapi beberapa syarikat berjaya membuktikan status mereka sebagai pengeluar tulen yang mementingkan prestasi dan ketahanan. Antaranya seperti Benelli, dan Zontes yang mendapat sambutan baik di pasaran motosikal global.

BACA >>> #TunggangUji: Zontes Z310-T1 - Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil 'Ride' Memang 'A'!

Terbaharu, muncul pula satu lagi pengeluar mencuba nasib, iaitu Jinan Jedi atau Jedi Motor menerusi supersport konsep K750 Concept. Mampukah jenama ini menambat hati pasaran antarabangsa?

Jinan Jedi pernah menjadi pembekal motosikal untuk pasukan polis China dan sektor sekuriti. Bagaimanapun, syarikat itu memutuskan untuk memasuki pasaran pengguna. Model pertama, K750 dilihat sudah cukup lengkap sebagai sebuah motosikal sempurna.

BACA >>> Benda Jadi Pengeluar Motosikal China Hasilkan Enjin V4, 100 Peratus Ori

Motosikal konsep itu didedahkan pada Pameran Motosikal Antarabangsa China 2021 yang diadakan baru-baru ini yang dilihat seakan versi pengeluaran. Apa dapat diulas, model konsep itu tidak nampak seperti mana-mana motosikal pengeluaran di pasaran hari ini. Setuju?

Setiap sudut nampak cukup bergaya daripada fairing penuh yang direka cukup futuristik dan penampilan serba sporty yang kelihatan seperti motosikal elektrik dalam filem sains fiskyen, serta tiada kena mengenai dengan filem Star Wars seperti jenamanya.

Apa lagi patut anda tahu tentang superbike konsep itu?

  • Dijana enjin 2-silinder 730cc Parallel-Twin DOHC, yang juga enjin sedia ada pada model Jinan Jedi lain.
  • Menghasilkan kuasa 68hp dan tork 664Nm yang memberikan angka kuasa sama seperti Kawasaki Ninja 650.

Perkembangan terbaharu ini pasti menari perhatian ramai pemerhati dunia permotoran untuk menyaksikan kehadiran model konsep Jedi K750 ini menjadi realiti.

BACA >>> Kawasaki Ninja 650 (2022) Warna Albino Lancar di Amerika, Harga Mula RM31.8k!
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

Di bawah ini beberapa model Jedi Motor lain yang ditayangkan di pameran motosikal tersebut:

jedi-k750-china-3
jedi-k750-china-4
jedi-k750-china-5

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jedi K750, Jedi Motor, Jinan Jedi, Jinin Jedi, motosikal konsep, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev