• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Mulakan Siri Perlumbaan R7 Cup di Eropah untuk Pelumba Amatur

Yamaha Mulakan Siri Perlumbaan R7 Cup di Eropah untuk Pelumba Amatur

October 15, 2021 By Wahid Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI pernah menulis artikel beberapa hari lalu mengenai komponen lumba (race kit) GYTR yang ditawarkan untuk Yamaha YZF-R7.

Ada kemungkinan Yamaha akan menjadikan R7 sebagai jentera bagi siri perlumbaan amatur seperti apa dilakukan suatu masa dulu untuk model popular seperti RX-Z (di Malaysia), RD250 dan RD350.

BACA >>> Yamaha YZF-R7 Tampil Mengancam dengan Kit Badan Lumba GYTR

Terbaharu, Yamaha Eropah mendedahkan pengeluar itu akan memulakan siri perlumbaan Yamaha R7 Cup.  Siri perlumbaan untuk sejenis motosikal itu bakal berlangsung sebagai sebahagian kejuaraan Ultimate Cup Moto di Perancis yang terdiri daripada acara perlumbaan jenis sprint dan enduran.

Justeru semua lima hingga enam pusingan perlumbaan bagi kejuaraan Yamaha R7 Cup akan berlangsung di litar-litar Perancis. seperti Le Mans, Magny-Cours, Dijon-Prenois dan Le Vigeant.

Menariknya, peserta tidak perlu memenuhi sebarang piawaian sebagai pelumba bertaraf tinggi untuk menyertai siri perlumbaan berkenaan. Menurut Yamaha Eropah, R7 Cup dianjurkan untuk mana-mana penunggang amatur yang mahukan pengalaman berlumba atas litar bagi mendapatkan kepuasan.

BACA >>> Yamaha Lancar Kit Lumba GYTR untuk Supersport YZF R7
BACA >>> Yamaha Umum Harga YZF-R7, RM46k, di Pasaran November Ini

yamaha-yzf-r7-gytr-kit-0
yamaha-yzf-r7-gytr-kit-5

Jadi, kejuaraan tersebut berlainan daripada kejohanan R3 Challenge dan bLU cRU European Cup yang menjadi platform mencungkil bakat baharu.

Yamaha membuka ruang kepada seramai 40 peserta yang akan diberikan taklimat khas mengenai teknik menunggang dan pengetahuan teknikal. Pemenang juga akan mendapat hadiah daripada Yamalube, termasuk aksesori pakaian Yamaha rasmi.

Peraturan teknikal bagi setiap penyertaan R7 dalam siri tersebut akan dikemukakan Yamaha tidak lama lagi. Mungkin peserta hanya dibenarkan menggunakan komponen rasmi ditawarkan GYTR.

Apapun, Michelin juga mengesahkan penyertaan pengeluar itu sebagai pembekal tayar rasmi. Kami syak mereka akan membekalkan tayar Power Cup 2 bagi perlumbaan cuaca kering, manakala tayar Power 5 akan digunakan bagi perlumbaan trek basah. Michelin mungkin tidak akan membekalkan tayar Power Slick 2 kerana formula Yamaha R7 Cup lebih kepada perlumbaan motosikal pengeluaran.

Bagus jugakan kalau siri perlumbaan sama juga dilangsungkan di Malaysia?

BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, sukan permotoran, supersport, Yamaha EU, Yamaha R7 Cup, Yamaha YZF-R7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev