HYUNDAI mengorak langkah memperkenalkan van sekolah berasaskan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Staria di Korea Selatan yang ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk, 11- dan 15-kerusi.
Dinamakan Staria Kinder, MPV warna kuning sebagai warna tipikal bas sekolah itu, dipasangkan lampu strob atas bumbung dan papan tanda Stop (berhenti) di tepi pintu depan.
Berikut ialah perincian Staria Kinder:
BACA >>> Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu
- Ruang kabin diubah suai untuk memaksimumkan kapasiti tempat duduk dalam kemasan hitam-kuning. Setiap kerusi juga dipasangkan tali keledar.
- Semua 11-kerusi jenis boleh laras untuk memudahkan kanak-kanak memakai tali keledar mengikut saiz badan.
- Juga dilengkapi ciri keselamatan seperti Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Sistem Cegah Trafik Lintasan Belakang (RCTA).
BACA >>> Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup
- Ditawarkan dalam dua versi bahan api, iaitu gas cecair petroleum (LPG) dan diesel.
Di Korea Selatan, model bas sekolah dengan bahan api LPG layak mendapat subsidi Kerajaan sebanyak 7 juta won (RM24,430), manakala kenderaan diesel pula ditawarkan diskaun hingga 13 juta won (RM45,367). Jadi, jika mengambil kira subsidi LPG, harga Staria Kinder adalah sekitar 20 juta won (RM69,796).
Harga Staria Kinder 11-kerusi ialah 34.78 juta won (RM121,380), manakala versi 15-kerusi, 37.48 juta won (RM130,800).
BACA >>> Torsus Praetorian School Bus - Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road
BACA >>> Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp
Pada April lalu, Hyundai menggunakan Staria sebagai pengganti Starex di Vietnam yang ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu:
- Enjin diesel 2.2L (175hp, 431Nm) dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 8-kelajuan.
- Enjin petrol 3.5L V6 (268hp, 331Nm) dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
Model baharu itu didatangkan lengkap dengan sistem lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL) LEDm dan ada pilihan konfigurasi 4- hingga 11-kerusi.
BACA >>> Hyundai Perkenal Staria, Model Konsep MPV Pengganti Starex dengan Rekabentuk Futuristik
BACA >>> Hyundai Lancar Staria Load, Van Kargo Gaya SUV Futuristik, 7 Beg Udara
SUMBER: Zing
Leave a Reply