• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

October 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS menyatakan komitmen penuh untuk melakukan yang terbaik atau lebih baik untuk Kawasaki sebaik saja anak syarikatnya, EMOS beroperasi penuh ke atas jenama Jepun itu.

Perkara itu dinyatakan sendiri  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan dalam taklimat ringkas bersama media dalam sesi tunggang uji Modenas Pulsar NS200 versi dipertingkat di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Sekarang ini kita masih dałam perancangan untuk melengkapkan semua perkara yang tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

“Insya Allah, tahun depan. Sekarang ini pun tinggal dua bulan lagi. Buat masa ini, pelan yang ada adalah memulakan (operasi EMOS-Kawasaki) pada 2022.”

BACA >>> KMSB Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki, Kuat Kuasa 1 Oktober 2021
BACA >>> EMOS Kini Sah Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki Di Malaysia

Penangguhan itu sebenarnya ada kaitan kelewatan Kawasaki Heavy Industries (KHI) tiba di Malaysia untuk melengkapkan proses diperlukan EMOS-Kawasaki sebelum boleh memulakan operasi.

Kita tahu ekspatriat Kawasaki (Kawasaki Heavy Industries) kalau nak datang Malaysia akan ambil masa sikit, dalam beberapa bulan juga.

“Kelulusan kami baru saja dapat, sekarang dia sedang menguruskan dengan pihak Kedutaan Malaysia dan Kedutaan Jepun di sana untuk sampai ke sini (tiba di Malaysia).

“Mungkin dia (ekspatriat KHI) akan sampai sini pada November ini dan selepas itu, kami akan mbuat perkara seperti perbincangan dan lain-lain. Target kita (mula operasi), tahun depan.”

emos-logo
Logo Kawasaki Heavy Industries (KHI)

Roslan berkata, wakil KHI yang akan tiba dari Jepun itu akan menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan terlibat dalam soal jualan dan pemasaran.

Kami akan buat kenyataan rasmi apabila wakil Jepun tiba dan bila EMOS akan mengambil alih sepenuhnya (termasuk aspek servis dan alat ganti).

Mengenai isu alat ganti dan servis buat pemilik Kawasaki sedia ada, Roslan menyatakan pemilik boleh mendapatkan komponen diperlukan daripada pengedar atau stok sedia ada.

Anda masih boleh mendapatkan alat ganti daripada pihak stokis dan kami juga sudah berbincang dengan beberapa stokis utama. Mereka masih ada semua alat ganti.”

Menjawan soalan sama ada Modenas Service Plus akan menggalas tugas menyelenggara model Kawasaki, beliau menjelaskan;

Peringkat permulaan tidak. Pada peringkat seterusnya, apabila kita sudah cekap dan perkara itu masih dalam perbincangan lagi. Ini kerana ia memerlukan beberapa proses membabitkan peralatan dan skil latihan.

“Jika sudah mencapainya (latihan dan peralatan diperlukan ada), ia ada kemungkinan. Tetapi pada ketika ini, belum lagi.”

Menyentuh mengenai rancangan penjenamaan semula model Kawasaki bawah 650cc, Roslan menyatakan penjenamaan akan bermula dengan beberapa model dan Ninja 250 akan muncul sebagai produk permulaan yang bakal dilancarkan menjelang suku pertama 2022.

Ada beberapa model lain, khususnya bawah 650cc akan mengikuti langkah sama selepas semua proses perbincangan dan keputusan dimuktamadkan.

Mengenai pengedar motosikal yang mungkin menjadi pengedar Kawasaki di Malaysia, beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka berpengalaman mengendalikan model Kawasaki.

Keutamaan akan diberi kepada mereka yang ada pengalaman mengendali Kawasaki dan mereka yang tiada (pengalaman urus) Kawasaki, tetapi ada pengalaman motosikal kuasa tinggi, kita akan buka peluang.

“Tetapi ia perlu melalui proses penilaian dan syarat yang sudah ditetapkan.”

BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal
BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Emos, EMOS Kawasaki, Kawasaki Heavy Industries, Kawasaki Malaysia Sdn. Bhd., Modenas, Roslan Roskan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev