• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Yamaha YZF-R7 Tampil Mengancam dengan Kit Badan Lumba GYTR

Yamaha YZF-R7 Tampil Mengancam dengan Kit Badan Lumba GYTR

October 12, 2021 By Wahid Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELANCARAN Yamaha YZF-R7 awal tahun ini menghasilkan beberapa pendapat dan emosi berbeza sesama penunggang supersport sejati.

Ini berlaku kerana R7 menggunakan enjin dua silinder yang dipinjam daripada MT-07 dan tidak menghasilkan kuasa seperti YZF-R6 yang digantikannya.

BACA >>> Yamaha Umum Harga YZF-R7, RM46k, di Pasaran November Ini

Namun, misi Yamaha adalah menghasilkan R7 sebagai sportbike middleweight yang mudah dikendalikan dan sebagai supersport harian dan litar.

Jadi, penggunaan enjin MT-07 adalah pendekatan yang wajar dari segi kos dan pengendalian. Tetapi R7 bukan sekadar enjin, tetapi menggunakan frem, suspensi dan fairing baharu baharu.

BACA>>> Macam Yamaha R6 Tapi Bukan, Rupanya Huaying R6

 

Kami juga mengsyaki, ada kemungkinan Yamaha hendak melihat model itu menjadi jentera popular buat pelumba amatur, seperti model seperti RD250 serta RD350 suatu masa dulu. Kedua-dua model tersebut melahirkan kelas perlumbaan yang disertai puluhan pelumba di banyak negara dunia. Di Malaysia misalnya, siri perlumbaan paling popular adalah kelas RX-Z.

Justeru, Yamaha menawarkan komponen lumba melalui bahagian perlumbaan mereka iaitu GYTR (Genuine Yamaha Technology Racing). GYTR juga ialah divisyen pembangunan jentera lumba Yamaha dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dam FIM Kejuaraan Dunia Enduran (FIM EWC).

Komponen tersebut ialah kit lumba untuk menjadikan R7 sebuah jentera lumba khas  untuk kegunaan trek. Berikut antara komponen ditawarkan:

  • Fork lumba Öhlins jenis boleh laras sepenuhnya.
  • Monoshock belakang lumba Öhlins, juga boleh laras sepenuhnya.
  • Pam brek utama Brembo.
  • Kabel brek jenis keluli sulam (steel braided).
  • Quickshifter lumba.
  • Sistem ekzos lumba Akrapovič edisi khas.
  • Kowl enjin.
  • Hendal lumba.
  • Peg kaki lumba.
  • Pakej fairing lumba daripada plastik diperkuat dengan gentian kaca.

Segala komponen dipaparkan dan dijual dalam laman web Yamaha Racing.

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, roda2, supersport, Yamaha, Yamaha YZF-R7 GYTR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my