• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Kren Tumbang: Kontraktor SUKE Kena Denda RM300k

Kes Kren Tumbang: Kontraktor SUKE Kena Denda RM300k

October 12, 2021 By Azhan O Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA kontraktor terlibat dalam projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak bina hingga menyebabkan kemalangan maut pada 22 Mac lalu.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kenyataan memaklumkan denda itu dikenakan melalui prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang diadakan pada 20 September lalu.

Prosiding memutuskan kontraktor utama Pakej CA3, jajaran CH4200 hingga CH7800 Projek SUKE, iaitu Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd dikenakan penalti RM100,000.

Sementara itu, subkontraktor projek sama, China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd pula dikenakan penalti RM200,000.

Kedua-dua kontraktor didapati bersalah di bawah Seksyen 34B(1)(b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) yang memperuntukkan setiap kontraktor perlu memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

Jika gagal memastikan keselamatan, CIDB boleh mengenakan penalti tidak lebih RM500,000.

Pada 22 Mac lalu, tiga orang maut dan seorang cedera apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh di tapak projek pembinaan SUKE dan menghempap sebuah kereta di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Bagi menjamin keselamatan awam dan langkah-langkah kerja bagi projek SUKE, CIDB turut menyarankan supaya kontraktor terbabit melakukan audit keselamatan pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina.

BACA >>> Kemas Kini: SUKE Sahkan Tiga Warga China Maut dalam Insiden Kren Tumbang
BACA >>> Kren Projek Lebuh Raya SUKE Tumbang, Dua Pekerja Maut, Pemandu Bezza Parah

 

Pada November 2020, CIDB mengenakan penalti RM180,000 kepada dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan pakej CA2, SUKE, berikutan kejadian bongkah konkrit terjatuh dari struktur pembinaan lebuh raya itu hingga menimpa sebuah kenderaan pada 19 September tahun lalu (2020).

Dalam kes berkenaan, kontraktor utama dikenakan penalti RM80,000, manakala subkontraktor dikenakan penalti RM100,000.

Sementara itu, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, CIDB memandang serius setiap kemalangan  sektor pembinaan dan mengingatkan penggiat industri supaya sentiasa komited meningkatkan tahap keselamatan serta menjaga keselamatan, termasuk kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan.

BACA >>> Dua Maut, Van Kilang Remuk Kena Hempap Perancah Besi Lebuhraya SUKE
BACA >>> Abai Keselamatan, Kontraktor SUKE Kena Denda RM180,000
BACA >>> Bukan Kena Hempap Konkritlah...

SUMBER: Bernama

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Tapak Binaan, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev