• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Bikin 150 Unit Brutale 1000 Nürburgring, Harga RM192k!

MV Agusta Bikin 150 Unit Brutale 1000 Nürburgring, Harga RM192k!

October 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MV Agusta kini muncul dengan satu lagi model motosikal eksotik hasil kerjasama rasmi dengan pihak pengurusan litar legenda Jerman, Nürburgring dan hanya 150 unit tersenarai untuk dihasilkan.

Dipanggil Brutale 1000 Nürburgring, motosikal itu ditawarkan pada harga €39,900 (RM192,546) di Itali iaitu jauh lebih mahal berbanding varian Brutale 1000 RR (€32,300 atau RM155,838).

Brutale 1000 Nürburgring Standard
Brutale 1000 Nürburgring Standard
Brutale 1000 Nürburgring dengan kit perlumbaan
Brutale 1000 Nürburgring dengan kit perlumbaan
  • Setiap unit edisi Nürburgring memiliki nombor siri tersendiri, talaan baharu kit badan dan pengurangan berat dengan bantuan set rim gentian karbon.
  • Tidak ada kuasa ekstra daripada trenkuasa 4-silinder iaitu enjin sama seperti Brutale 1000 standard, menawarkan kuasa 208hp. Jika ditambah kit lumba yang dikhasnya untuk kegunaan litar, output kuasa meningkat kepada 215hp.
Brutale 1000 Nürburgring - 5
Brutale 1000 Nürburgring - 4
  • Sistem suspensi masih jenama Öhlins iaitu dengan fungsi kawalan elektronik untuk kedua-dua komponen, fork terbalik USD 43mm dan monoshock TTX.
  • Frem digunakan kekal sama iaitu kombinasi keluli dan aloi tetapi penggunaan rim ciptaan BST membantu penambahbaikan prestasi dan pengendalian tunggangan.
Brutale 1000 Nürburgring - 8
Brutale 1000 Nürburgring - 9
  • Brutale Nürburgring seberat 183kg iaitu lebih ringan 3kg berbanding versi RR dan ini sebenarnya berpunca daripada rim gentian karbon.
  • Material gentian karbon juga digunakan sebagai penutup pelana pembonceng dan kowl baharu dipasang di atas lampu utama.
Brutale 1000 Nürburgring - 11
Brutale 1000 Nürburgring - 7
Brutale 1000 Nürburgring - 10
Brutale 1000 Nürburgring - 6
  • Sebenarnya, ada beberapa komponen seperti penutup kotak angin, panel sisi tangki minyak dan ventilator angin dibuat berasaskan gentian karbon seperti digunakan varian RR. 
  • Kowl bahagian depan sebenarnya terhasil menggunakan winglet kompleks dan dipasang atas lampu utama. Tujuannya untuk meningkatkan daya tekanan ke bawah roda depan. Varian itu juga ada winglet pada sisi motosikal.

  • Ada opsyen pakej kit lumba yang melibatkan penutup pelana belakang, sistem ekzos adalah jenis titanium penuh Arrow dan ada penutup peredam gentian karbon. Tambahan lain ialah ECU dengan pemetaan baharu yang sesuai untuk sistem ekzos.
  • Sistem ekzos itu tidak menambah kuasa enjin tetapi mengurangkan berat 6kg dan menurun lagi berat kering keseluruhan sehingga 177kg.

SUMBER: Bike Social

Related

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Brutale 1000, Brutale 1000 Nürburgring, MV Agusta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev