HONDA Vietnam memperkenalkan kapcai bajet edisi khas Wave Alpha 110 Limited Edition dalam seragam khas pada harga 18,390,000 dong (RM3,370).
Kapcai itu menampilkan dekal bendera Vietnam dengan grafik bola sepak dan hadir dalam pilihan warna merah-hitam. Honda Vietnam sebenarnya ialah penaja rasmi utama pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam.
Berikut perincian Wave Alpha 110 Limited Edition:
- Dijana trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara berkuasa 8.2hp @ 7,500rpm dan tork 8.4Nm @ 5,500rpm.
- Enjin dan transmisi automatik 4-kelajuan itu ditala untuk memberikan output pecutan baik pada julat rev sederhana rendah dengan menawarkan penjimatan bahan api terbaik.
- Menggunakan panel meter analog dan lampu utama halogen, manakala sistem penghidup masih menggunakan kunci masih yang dilengkapi katup antikecurian.
- Rim 17 inci jenis jejari, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan absober kembar (belakang).
- Sistem brek masih bergantung kepada brej dram pada kedua-dua roda.
- Model edisi khas ini akan mula dipasarkan pada 23 Oktober ini. Setiap pembelian akan diberikan waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km, mana satu tiba dulu.
SUMBER: Honda Vietnam
Leave a Reply