POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan lima unit kereta peronda baharu yang tular di internet sejak semalam bukan dibeli tetapi diterima untuk tujuan percubaan (uji cuba).
Kenderaan jenama BMW dan Volkswagen membabitkan model M3, X3 dan Tiguan diterima polis pada 7 Oktober 2021 dan tempoh percubaan yang dipanggil peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa melibatkan sebarang perjanjian pembelian.
Semua kenderaan itu akan diuji selama dua minggu dan digunakan beberapa jabatan polis iaitu:
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)
- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
- Cawangan pengiring PDRM
Uji cuba itu adalah untuk mendapat maklum balas sama ada kenderaan berkenaan sesuai atau tidak untuk sebarang tugasan dalam PDRM.
Polis menyatakan pihaknya sedia maklum berhubung kekangan kewangan yang dialami Kerajaan dan tawaran yang diberi syarikat berkenaan adalah atas prinsip uji cuba.
Setakat ini, belum ada sebarang keputusan penggunaan yang diputuskan PDRM.
SUMBER: Polis Diraja Malaysia
Leave a Reply