• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tinggal 1.2 Peratus Lagi untuk 90 Peratus Dewasa Lengkap Divaksin

Tinggal 1.2 Peratus Lagi untuk 90 Peratus Dewasa Lengkap Divaksin

October 7, 2021 By Han Othman Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANYAK 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa negara ini sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Setakat semalam, 129,152 atau 4.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Februari lalu meningkat kepada 45,007,832 dos.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,981.

BACA >>> PM: Kenapa 90 Peratus Baru Boleh Rentas Negeri, Bukan 80 Peratus?
BACA >>> Guna MySejahtera Orang Lain untuk Ambil Vaksin, 4 Individu Ditahan

SUMBER: Bernama

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CovidNow, PICK, Vaksin, Vaksin Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev