• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isi Minyak RM5 di Petron dan Menang Proton X50, Yamaha MT-25!!!

Isi Minyak RM5 di Petron dan Menang Proton X50, Yamaha MT-25!!!

October 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISI minyak serendah RM5 di mana-mana stesen minyak Petron dan anda berpeluang membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50, motosikal Yamaha MT-25 atau televisyen Samsung 65 inci.

Syaratnya, anda perlu menggunakan kad ATM MyDebit untuk melayakkan diri sebagai peserta pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda’.

Berikut senarai hadiah lumayan ditawarkan Petron:

  • Hadiah Utama: 1 x Proton X50 1.5T Executive
  • Hadiah Pertama: 2 x Yamaha MT-25
  • Hadiah Kedua: 3 x televisyen QLED Samsung 65 inci
  • Saguhati: 10 x mata ganjaran Petron Miles bernilai hingga RM700

Semua pemenang akan menerima jersi bola sepak antrabangsa edisi terhad.

6 Pemenang Bulanan
  • Enam pemenang: Tiga orang sudah menerima jersi bola antarabangsa dengan autograf (Hadiah Pertama) dan  tiga lagi menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500 (Hadiah Kedua).
  • Ada enam lagi individu bertuah bakal bergelar pemenang bertuah untuk September dan Oktober ini.
  • Semua pemenang peluang menyertai perjumpaan maya bersama pemain bola sepak legenda Poland, Jerzy Dudek.
Apa Anda Perlu Tahu dan Syarat Pertandingan

  • Pertandingan dianjurkan bersama Petron Malaysia dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
  • Tujuan, menggalakkan lebih ramai pelanggan mengisi minyak Petron menggunakan kad ATM MyDebit.
  • Pertandingan bermula 1 Ogos-30 Oktober 2021.
  • Pembelian minyak minimum ialah RM5 dengan menggunakan kad.
  • Hantar resit pembelian ke nombor WhatsApp, 019-388 6733, atau Whoop App.
  • Whoop App boleh dimuat turun menerusi Apple Store atau Google Play Store.
  • Pelanggan boleh menghantar lebih satu penyertaan kerana setiap bukti pembelian mewakili satu penyertaan.

BACA >>> PETRONAS AutoExpert Tawar 40 Peratus Diskaun Servis untuk Petugas Barisan Hadapan
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Anda Kena Tukar Penapis Minyak

Apakah MyDebit?

  • MyDebit satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak mengenakan syarat 'tahanan' RM200 di pam minyak.
  • Pelanggan boleh menetapkan harga pembelian minyak dan hanya jumlah itu sahaja akan 'ditahan' semasa pengisian. 
  • Jika mengisi minyak kurang daripada jumlah ditetapkan, baki akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank  selepas selesai buat pengisian.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata;

Kami gembira dapat bekerjasama sekali lagi bersama PayNet untuk memberi kesedaran mengenai kemudahan membayar menggunakan MyDebit. Banyak hadiah lumayan menanti pelanggan, termasuk sebuah kereta baharu, dengan hanya mengisi minyak menggunakan kad ATM MyDebit di stesen Petron.”

BACA >>> Porsche, Siemens Bangunkan e-Fuel, Minyak Baharu Tanpa Karbon Dioksida
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
BACA >>> Petron Tawar Diesel Max Euro 5 Baharu, Lebih Prestasi Sambil Pelihara Alam Sekitar

Related

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Choong Kum Choy, Jerzy Dudek, Petron Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev