ACURA dan Honda nampaknya sudah jauh menjarakkan identiti di antara satu sama lain. Jika sebelum ini kedua-dua jenama saling berkongsi model, tetapi kini tidak lagi, kecuali NSX.
Perkongsian sebelum ini begitu kuat hingga Integra Type R dipasarkan di bawah kedua-dua jenama. Bukan saja tidak berkongsi model, rekabentuk juga jauh berbeza, yang mana penampilan Acura lebih sporty dan premium.
BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!
BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!
Bercakap tentang sporty, ada buah tangan terbaharu Acura, iaitu kelahiran semula model ikonik Integra. Setakat ini, Acura baru saja berkongsikan dua foto awal model tersebut.
Foto pertama menunjukkan lampu depan yang jelas membawa identiti Acura. Seperti dinyatakan di atas, rekabentuk Acura dan Honda sudah jauh berbeza. Jadi ada kemungkinan Integra akan kekal di bawah jenama Acura melainkan Honda menjenamakan semula model mengikut gaya berbeza.
Sebagai Acura, ini bermakna sebahagian besar pasaran dunia tidak akan menerima model berkenaan kerana jenama Acura tidak sebesar Honda. Namun segalanya tidak mustahil. Ini kerana ada tiga fakta utama tentang Integra baharu yang dipetik daripada wawancara MotorTrend bersama Naib Presiden Acura, Jon Ikeda.
- Model aras mula Acura.
- Menggunakan platform Honda Civic.
- Beberapa komponen dari Honda Civic Type R.
- Sedang dibangunkan di Jepun, dan akan dikilangkan di Amerika Syarikat (AS).
Maklumat lain seperti trenkuasa masih belum didedahkan. Mungkinkah Acura menawarkan Integra Type R seperti model terdahulu?
Bagaimanapun, Type R sudah eksklusif buat Honda, dan lebih tepat jika Integra menggunakan nama Type S seperti Acura NSX terbaharu. Ikeda sendiri sedar pengguna akan meminta Integra Type S.
Di sebalik telahan itu, fakta sahih mengenai foto belakang Integra yang jelas menunjukkannya model itu bakal dikeluarkan dalam versi 5-pintu! Ini bukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan, kerana Integra generasi pertama memang ada ditawarkan dalam versi 5- dan 3-pintu.
Malah, Integra adalah satu daripada dua model awal yang memperkenalkan jenama Acura di AS bersama sedan eksekutif, Legend. Acura Integra dijangka diperkenalkan pada 2022. Menariknya Civic Type R juga diperkenal pada tahun sama.
BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura
BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj
Leave a Reply