DUA individu, yang dikatakan pasangan kekasih tampil berkongsi kisah sebenar di sebalik insiden gadis terjun keluar dari Perodua Myvi bergerak di Shah Alam yang tular di media sosial, sejak semalam.
Dalam video dikongsi menerusi akaun YouTube Amirul Syakir, yang juga pemandu Myvi tersebut berkata, mereka bukan pasangan kekasih, tetapi rakan sekerja yang sebenarnya keluar mencari bahan untuk menghasilkan konten media sosial.
BACA >>> Gaduh Punya Pasal, Makwe Nekad Buat Aksi Lagak Ngeri Keluar dari Myvi Bergerak
Pemilik akaun YouTube Amirul Syakir, yang mengaku sebagai pemandu Myvi tular itu, mendedahkan dirinya sebagai editor, manakala gadis di sebelahnya ialah YouTuber, Kek Nan Judge yang disalah anggap netizen terjun keluar dari kereta kerana bergaduh.
Amirul mendedahkan, dia dan Kek Nan bukan pasangan bercinta yang bergaduh dalam insiden tersebut seperti diuar-uarkan media sosial.
Kita keluar cari dan beli barang-barang konten. Nak create konten. Apa benda yang bergaduhnya...” katanya.
Kek Nan pula beritahu, pengikutnya tahu apa masalah dihadapi, iaitu tentang dia dan adiknya yang terkena sesuatu hal mistik.
Menurut Amirul, KekNan tiba-tiba meracau dan dia terpaksa menyalakan lampu kecemasan untuk cuba menyelamatkan keadaan.
Dia tiba-tiba menjerit, meracau-racau (ketika) kereta sedang bergerak. Macam mana ini, kereta pintu terbuka dan aku pakai seat belt. Macam mana aku nak tarik dan dia hilang. Aku tengok kat cermin rupanya dia di seberang jalan.
“Then aku tutup pintu dan matikan lampu hazard (lampu kecemasan). Aku u-turn cari dia. Jenuh aku nak tenangkan dia dan cuba nak mengubatnya di tepi jalan.”
Amirul itu turut mendedahkan insiden yang berlaku dua minggu lalu apabila Kek Nan dan adiknya dirawat kerana dipercayai terkena buatan orang.
Mereka (Kek Nan, adik dan keluarga) memang sedang kena gangguan (buatan) orang dan kami tidak menipu.”
Cerita penuh mengenai insiden gadis 'terjatuh' keluar Myvi ada dalam klip video di bawah ini. Terpulanglah kepada anda hendak percaya atau tidak.🤓
SUMBER: YouTube
Leave a Reply