• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Malaysia Menang Anugerah Selepas Jualan Terbaik Nissan Global 2020

Nissan Malaysia Menang Anugerah Selepas Jualan Terbaik Nissan Global 2020

October 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAN Chong Aftersales Division muncul pemenang Anugerah Selepas Jualan Nissan Global 2020 (GNAA), iaitu kemenangan tiga kali diraih divisyen selepas jualan itu sejak 2017.
Anugerah itu bertujuan menghargai pencapaian pengedar Nissan dalam aktiviti servis selepas jualan di rantau Asia Pasifik.

GNAA adalah salah satu penghargaan paling berprestij Nissan Motor Co Ltd yang bertujuan memberi motivasi dan meningkatkan kecemerlangan operasi selepas jualan serta menambah baik pengalaman servis pelanggannya serata dunia.

BACA >>> DriveOn: Tan Chong Lancar Aplikasi Mobil untuk Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti Malaysia
BACA >>> Tan Chong Buka Kilang Subaru di Thailand, Subaru Forester Jadi Model Pertama Dipasang

Anugerah tersebut diberikan kepada Nissan Malaysia yang mencatatkan prestasi terbaik berdasarkan penetapan set piawaian, terdiri daripada:

  • Aspek komponen dan prestasi servis
  • Khidmat pelanggan dan kepuasan
  • Kualiti pengurusan perniagaan

Ketua Selepas Jualan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS), Michael Yao Tsu-Wei berkata:

Kami berbangga diiktiraf sebagai terbaik antara pengedar Selepas Jualan Nissan seluruh rantau buat kali ketiga sejak 2017, ini bukti pendekatan kami yang berfokuskan pelanggan, dedikasi dalam prestasi perkhidmatan dengan pasukan kerja.

"Kami akan terus menambah baik dan secara berterusan memberi pelanggan kami sokongan servis untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.”

Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Motor Sdn Bhd (ETCM), Christopher Tan berkata;

Anugerah ini menetapkan pencapaian baharu untuk syarikat. Pasukan kerja khususnya selepas jualan secara konsisten mencabar diri sendiri dan memberi usaha terbaik menyediakan servis cemerlang kepada pelanggan.”

Semua Pusat Servis Nissan beroperasi seperti biasa sepanjang Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Servis boleh dibuat secara janji temu sahaja, dan boleh dilakukan menerusi aplikasi DriveOn, laman web www.tceas.com, talian khidmat pelanggan Nissan 1800-88-3838 atau menghubungi terus Pusat Operasi Servis.

Waranti kekal sah walaupun servis penyenggaraan tidak dapat dilakukan sepanjang Fasa 1 dan Fasa 2 PPN, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!
BACA >>> Nissan Lancar Dua Varian GT-R T-Spec (2022) Di Jepun, Harga Mula RM600k!

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Selepas Jualan Nissan Global 2020, Christopher Tan, Edaran Tan Motor Sdn Bhd (ETCM), Michael Yao Tsu-Wei, Nissan Motor Co Ltd, Nissan Motor Co Ltd. (NML), Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tan Chong Aftersales Division, Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev