• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Widad Menang Tender RM244.3j Pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK)

Widad Menang Tender RM244.3j Pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK)

September 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WIDAD Group Berhad (WBG) muncul syarikat yang memenangi tender bernilai RM244.3 juta untuk projek pembinaan Pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).

Konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu itu menyatakan anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn Bhd (WBSB) sudah menerima surat anugerah (LoA) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek tersebut.

Menerusi satu makluman kepada Bursa Malaysia, Widad menyatakan kerja-kerja pembinaan projek itu akan bermula 27 Disember ini untuk tempoh lebih 36 bulan (3 tahun).

Pengarah Urusan WBG, Datuk Dr Mohd Rizal Mohd Jaafar berkata, syarikat tetap aktif dalam mendapatkan projek baharu walaupun berada dalam persekitaran mencabar.

Dr Mohd Rizal berkata;

Kami yakin meraih lebih banyak projek pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu tahun ini.

"Dengan kemajuan yang dicapai dalam memperoleh kontrak pesanan, kami positif menerajui industri ini sebagai peserta terkemuka masa depan. Kami optimis mencapai prestasi utama dan mengekalkan prestasi kewangan tahun ini."

BACA >>> Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!
BACA >>> Inilah yang Widad Business Group Tawar Jika Dapat Beli PLUS
BACA >>> Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!
BACA >>> Azmin Tak Setuju Jual PLUS!

SUMBER: BeritaHarian

Related

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Dr Mohd Rizal Mohd Jaafar, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK), Widad Builders Sdn. Bhd. (WBSB), WIDAD Group Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my