• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Triumph Tiger Sport 660 (2022) akan Lancar 5 Oktober Ini, Harga Dijangka Bawah RM50k

Triumph Tiger Sport 660 (2022) akan Lancar 5 Oktober Ini, Harga Dijangka Bawah RM50k

September 30, 2021 By Wahid Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Tiger Sport 660 (2022)
akan dilancarkan 5 Oktober ini sebagai model adventure touring kelas middleweight.

Seperti nombor tertera pada namanya, model ini akan dijana enjin 3-silinder 660cc dengan frem yang kini digunakan Trident 660. Namun, Tiger Sport 660 (2022) akan tampil sebagai model semi-fairing dengan visor angin besar dan dwi-lampu utama.

Tambahan lain, model ini akan menggunakan hendal lebih tinggi dan pelana lebih selesa yang sesuai untuk tunggangan jarak jauh, termasuk kegunaan harian.

BACA >>> Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k

Trenkuasa Trident 660 (foto atas) menghasilkan kuasa 80hp @ 10,250rpm, dan tork 64Nm @ 6,250rpm. Perbezaan 4,000rpm antara kedua-dua angka kuasa itu memberikan pikap lebih kuat dalam apa jua posisi gear atau kelajuan.

Selain itu, 80 peratus tork maksimum boleh dicapai bermula 3,000rpm. Mungkinkah Triumph akan menala semua prestasi enjin untuk menghasilkan tork lebih kuat pada rev rendah kerana motosikal adveture touring biasanya perlu membawa beban tambahan seperti kotak barang, dan pembonceng?

BACA >>> BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k

Apa yang dapat diketahui setakat ini mengenai Tiger Sport 660 (2022):

  • Model adalah versi jalanan dengan rim 17 inci.
  • Dilengkapi fork Showa 41mm di depan dengan travel lebih panjang, manakala belakang jenis monoshock, gerakan lebih panjang.
  • Ini bermakna pelana akan jadi lebih tinggi berbanding Trident 660.
  • Harga dijangka lebih mahal sedikit daripada Trident 660, dianggarkan sekitar RM44,900.

Pelancaran Tiger Sport 660 (2022) akan memberikan cabaran hebat kepada model lawan sekelas seperti Kawasaki Versys 650 dan Suzuki V-Strom 650.

Triumph juga mengesahkan sedang membangunkan Tiger 660 Rally sebagai model off-road tulen yang akan mencabar lawan  seperti Yamaha Tenere 700 dan Aprilia Tuareg 660.

Ramai mengharapkan model baharu Triumph ini dijual pada harga bawah RM50,000. Bersama kita nantikan majlis pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 5 Oktober nanti.

BACA >>> Kawasaki UK Perkenal Warna, Grafik Baharu Versys 650, Z650, Ninja 650 (2021)
BACA >>> Suzuki V-Strom 650 XT Adventure (2021) Kini Berwarna Baharu, Harga RM42k
BACA >>> Yamaha Tenere 700 Rally Edition dengan Seragam Rali Dakar 80-an, Prestasi Dipertingkat
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Didedahkan, Advencer Minimalis dengan DNA Tradisi

spyshot-tiger-sport-660-4
spyshot-tiger-sport-660-3
spyshot-tiger-sport-660-2
spyshot-tiger-sport-660-1

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: adventure touring, Auto Terkini, roda2, Triumph, Triumph Tiger Sport 660

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev