• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vietnam Pula Lancar Honda CBR150R (2022), Harga Mula RM13k

Vietnam Pula Lancar Honda CBR150R (2022), Harga Mula RM13k

September 29, 2021 By Aryon Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Honda Vietnam menawarkan banyak barisan model motosikal untuk pasaran tempatan, tetapi wakil pengeluar itu masih kekurangan produk dua roda bawah 175cc.

Seperti dijangka, Honda Vietnam memperkenalkan sportbike aras mula, CBR150R, tidak lama selepas Malaysia melancarkan model tersebut pada awal bulan ini.

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Honda CBR150R ABS (2021), Harga Mula RM12,499
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?

Di Vietnam, CBR150R bukanlah nama asing dalam kalangan peminat motosikal negara itu kerana sudah dijual pengedar persendirian sejak beberapa tahun lalu sebelum diedarkan secara rasmi menerusi pengedar sah.

Berikut fakta mengenai CBR150R (2022) versi Vietnam:

  • Ditawarkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:
    • Standard - 70 .99 juta dong (RM13,060)
    • Sport - 71.99 juta dong (RM13,240)
    • Special - 72.49 juta dong (RM13,330)
  • Sebelum ini CBR150R yang dijual bukan menerusi wakil pengedar rasmi berharga kira-kira 80 juta dong (RM14,720).
  • Versi jualan rasmi ini adalah model yang diimport (CBU) dari Indonesia, dan bukan dipasangkan di Vietnam yang secara tidak langsung membuatkan harga sedikit mahal.
honda-cbr150r-2022-vietnam-12
honda-cbr150r-2022-vietnam-3
  • CBR150R (2022) ialah model generasi kelima dalam siri CBR150R yang dilengkapi banyak teknologi dan ciri dinaik taraf.
  • Semua sistem lampu menggunakan LED penuh. Lampu belakang disediakan fungsi signal henti kecemasan.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Showa STF-BP di depan.

  • Rekaan panel meter LCD sama seperti Winner X, jenis digital penuh berwarna.
  • Masih menggunakan kunci mekanikal, dan bukan kunci pintar seperti model pesaing GSX-R150.
  • Ciri keselamatan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang tiada pada dua lagi model pesaing, Yamaha YZF-R15 dan GSX-R150.

  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 17.1hp dan tork 13.7Nm. Bagaimanapun, angka kuasa ini lebih rendah daripada YZF-R15 V3 (19.3hp) dan GSX-R150 (19.1 hp).
  • Dari segi harga pula, CBR15-R tidak jauh berbeza dengan dua model pesaingnya dalam segmen sama, dan jauh lebih murah daripada model yang dijual pengedar persendirian. YZF-R15 dijulan dalam jular harga 70-72 juta dong (RM12,870-RM13,240), manakala GSX-R150 berharga kira-kira 75 juta dong (RM13,790)

BACA >>> Yamaha YZF-R15, MT-15 Akan Dapat Ciri Y-Connect?
BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Matt Edition Warna Merah Kusam

honda-cbr150r-2022-vietnam-1
honda-cbr150r-2022-vietnam-2
honda-cbr150r-2022-vietnam-3
honda-cbr150r-2022-vietnam-4
honda-cbr150r-2022-vietnam-5
honda-cbr150r-2022-vietnam-6
honda-cbr150r-2022-vietnam-7
honda-cbr150r-2022-vietnam-8
honda-cbr150r-2022-vietnam-9
honda-cbr150r-2022-vietnam-10
honda-cbr150r-2022-vietnam-11
honda-cbr150r-2022-vietnam-12

SUMBER: Zingnews.vn

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Entry-Level, Honda CBR150R, Honda CBR150R (2022), Honda Vietnam, roda2, sportbike, Sportbike Aras Mula, streetbike, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev