PELUMBA remaja, Dean Berta Viñales, 15, yang juga sepupu kepada bintang MotoGP, Maverick Vinales maut dalam aksi kelas SuperSport 300 (WSSP300) dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Jerez, hujung minggu lalu.
Dean Berta sedang berlumba Race 1 dalam kelompok pelumba pertama sebelum terjatuh di selekoh kedua pada lap ke-11 dan dilanggar pelumba lain. Kemalangan itu turut melibatkan pelumba lain seperti Harry Khouri, Daniel Mogeda dan Alejandro Carrion.
Akibat perlanggaran itu, dia mengalami kecederaan kepada dan atas badan, serta dibawa ambulans ke klinik di litar tersebut untuk rawatan kecemasan, tetapi gagal diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
We're devastated by the tragic loss of @DeanBerta21 following a crash in #WorldSSP300 Race 1 today
Sending all our love and strength to Maverick Viñales and Dean's entire family, his team and loved ones pic.twitter.com/MSQYdhLQt3
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) September 25, 2021
Kematian Dean Berta dianggap satu lagi episod menyayat hati dalam dunia sukan permotoran tahun ini memandang ada dua lagi pelumba muda turut maut di trek, iaitu Jason Dupasquier, 19, di litar Mugello dan Hugo Millán, 14, di litar Aragon.
BACA>>> Tiada Lagi Nombor 50 dalam Moto3 Sempena Tribut Dupasquier
BACA>>> Pelumba 14 Tahun Sepanyol Maut Kemalangan Ketika Berlumba
Kemalangan itu membuatkan beberapa pihak menggesa Perseketuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan pemegang hak komersial Kejuaraan Dunia MotoGP, Dorna Sports supaya merombak semula formula perlumbaan.
Namun tiada jawapan mudah ditemui kerana jentera ditunggang pelumbadalam kelas WSSP300 dan Moto3 mempunyai prestasi agak sama yang menyaksikan saingan sengit dalam kelompok besar, terdiri daripada 10-15 pelumba.
Walaupun memberikan aksi mendebarkan buat penonton, tetapi perlumbaan secara berkelompok berisiko menyebabkan perlanggaran sesama pelumba.
Takziah kepada keluarga Viñales dan mereka yang mengenali Dean Berta.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?
Leave a Reply