YAMAHA Motor Indonesia memperkenalkan model edisi khas MX 150 King (Malaysia: Y15ZR) dengan seragam Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary sempena pembabitan pengeluar itu dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang ke-60.
Model edisi spesial itu dijual pada harga Rp24.975 juta (RM7,330).
BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
Pengurus Hubungan Awam YRA dan Komuniti Yamaha Indonesia, Antonius Widiantoro berkata;
Kami bawa suasana ulang tahun ke-60 Yamaha dalam MotoGP dengan melancarkan model liveri spesial MX King 150.
“Kami memperingati pencapaian ini dengan melancarkan model ini sebagai produk yang tidak dapat dilupakan untuk rakyat Indonesia.”
MX 150 King World Grand Prix 60th Anniversary Livery menampilkan skema warna merah-putih yang diilhamkan daripada model YZR500 (0W48) yang ditunggang mantan pelumba Kenny Roberts Grand Prix (GP) dalam kelas GP 500cc pada 1980.
Sejak kejayaan pertama Yamaha dalam GP 1963 hingga musim 2020, sebanyak 511 kejayaan sudah dirangkul. Yamaha sebelum itu melakukan tribut kepada pencapaian itu pada Mac lalu dengan memperkenalkan jentera MotoGP YZR-M1 Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary Livery ketika ujian pramusim kedua MotoGP di Qatar.
Seragam MX King 150 dapat dilihat menerusi grafik geometri merah berserta strip putih dan hitam dengan rim emas bagi menonjolkn karakter unik supermoped tersebut.
Ciri lain MX King 150 Edisi Aniversari MotoGP ke-60 ialah:
- Tiada sebarang pembaharuan lain. Lampu depan masih LED dengan kluster khas untuk lampu suluh tinggi (high-beam) dan rendah (low-beam). Ada lampu bahaya (hazard lamp) untuk digunakan ketika kecemasan.
- Panel meter digital penuh negatif.
- Bahagian roda menggunakan tayar tiubles bersaiz 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang) yang dipasangkan brek cakera tunggal di depan dan belakang.
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.
- Transmisi manual 5-kelajuan jenis klac basah multiplat.
- Tinggi pelana 795mm, kapasiti tangki 4.2 liter, jarak lega bumi 155mm dan berat 118kg.
BACA >>> Yamaha Vietnam Tambah Dua Edisi Exciter 155 VVA dengan Lima Seragam Berbeza
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Lancar Di Thailand, Harga RM8.2k!
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
SUMBER: Dapurpacu
Leave a Reply