BEBERAPA pakar kesihatan menyambut baik cadangan supaya kerajaan mengenakan syarat khas ke atas golongan warga emas sebelum mereka dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengesyorkan syarat tersebut kepada pemegang lesen memandu warga emas. Cadangan itu tujuan menjaga keselamatan golongan warga emas dan juga pengguna lain jalan raya.
BACA >>> Komaki XGT X5 - Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
Portal Sinar Harian dalam laporannya menyatakan Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, cadangan itu adalah relevan untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Kata beliau, ada beberapa penyakit berkait penglihatan, kognitif dan urat saraf yang lazim dialami warga emas berumur 60 tahun dan berpotensi menyebabkan perkara yang tidak diingini ketika memandu.
“Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemeriksaan kesihatan ialah penyakit penglihatan seperti katarak, rabun disebabkan kencing manis dan rabun warna.
“Bagi perkara berkait saraf pula, doktor perlu mempertimbangkan penyakit seperti strok minor, Parkinson dan masalah lemah otot.”
Turut senada dengan cadangan tersebut ialah Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh.
Beliau berkata, langkah itu sepatutnya dilaksanakan kerana kajian di luar negara menunjukkan warga emas ialah antara kumpulan usia utama yang menyumbang kepada kes kemalangan.
“Di Jepun misalnya, umur 75 tahun ke atas perlu menjalani ujian kognitif untuk meneruskan lesen setiap tiga tahun.
“Malah ada juga yang dipaksa menyerahkan kebenaran memandu mereka kerana sudah lupa kemahiran itu dan membahayakan orang ramai,” jelasnya.
Dr. Sharifa mencadangkan agar pemeriksaan kesihatan memandu untuk warga emas berumur 65 tahun ke atas dilakukan berkata iaitu tiga tahun sekali.
BACA >>> Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan
BACA >>> Sepanyol Guna Khidmat Dron Buru Pemandu Tidak Pakai Tali Keledar, Guna Telefon
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> Kajian: Pemandu UK Belum Yakin dengan Kereta Pandu Sendiri
SUMBER: Sinar Harian
Leave a Reply