• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Populasi Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin Kini 83.7 Peratus

Populasi Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin Kini 83.7 Peratus

September 27, 2021 By Han Othman Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUMLAH populasi dewasa yang lengkap mengambil dua suntikan vaksin Covid-19 seluruh negara kini mencapai 83.7 peratus, iaitu seramai 19,604,699 individu.

Berdasarkan perincian dikongsi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Populasi remaja 12 hingga 17 tahun yang lengkap suntikan vaksin setakat semalam pula adalah seramai 28,982 atau 0.9 peratus.

Bagi kedua-dua populasi, 269,465 dos suntikan vaksin sudah diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin 41,457,628 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu dalam usaha  lepas menggiatkan program vaksinasi untuk membendung krisis penularan Covid-19 seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin baru-baru ini mengumumkan Kerajaan akan memuktamadkan keputusan merentas negeri dalam masa tiga minggu selepas negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa.

BACA >>> Hishammuddin: Boleh Rentas Negeri 3 Minggu Lagi
BACA >>> 76.8 Peratus Dewasa Sudah Lengkap Vaksin, Malaysia Bakal Pulih Menjelang Oktober

SUMBER: Bernama

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kesihatan (KKM), Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev