• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benda Jadi Pengeluar Motosikal China Hasilkan Enjin V4, 100 Peratus Ori

Benda Jadi Pengeluar Motosikal China Hasilkan Enjin V4, 100 Peratus Ori

September 27, 2021 By Shawkath 4 Comments

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari China, Benda semakin aktif mengetengahkan barisan produk lebih segar ke pasaran tanpa meniru mana-mana model seperti dilakukan beberapa firma automotif di Negara Tembok Besar itu.

Model dilancarkan mempamerkan rekabentuk futuristik, sama ada berkonsepkan kotak atau dipenuhi garis badan tajam, seperti model cruiser 4-silinder sebaris LFC700 dan streetfighter Tang Knife.

BACA >>> Benda BD999 - Roadster dari China yang Guna Air Sebagai Sumber Bahan Api

Terbaharu, Benda memperkenalkan dua unit trenkuasa konfigurasi V4 baharu berkapasiti kecil pada pameran automotif Auto Chonqing 2021. Kedua-dua enjin itu, dinamakan BD476 dan BD453 ialah produk pertama dihasilkan pengeluar motosikal China jika mengambil kira dari aspek kapasiti dan konfigurasi.

Angka 4 pada kod nama itu menandakan bilangan silinder, manakala dua angka terakhir merujuk kepada saiz gerek (bore) silinder.

BENDA BD476

  • Trenkuasa berkapasiti 1,198cc V4 DOHC dengan sistem penyejukan cecair, 4-injap setiap silinder dan mampu menghasilkan kuasa 152hp @ 9,500rpm dan tork 121Nm @ 7,500rpm.
  • Saiz gerek x lejang (bore x stroke) 76mmx66mm, mirip enjin V4 Yamaha VMAX. Nisbah mampatan 11.5: 1.
  • Dianggap enjin motosikal paling berkuasa buatan China setakat ini.
  • Bukan produk trenkuasa tiruan kerana aspek fizikal binaan tiada persamaan dengan enjin VMAX.
  • Sesuai untuk kegunaan motosikal jenis cruiser, advencer atau sport touring besar dan mampu bersaing dengan Ducati Multistrada V4.

BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

BENDA BD453

  • Trenkuasa V4 kedua agak mengejutkan kerana menjadi produk yang sudah lama tidak hadir dalam industri motosikal, iaitu enjin 496cc.
  • Enjin saiz sederhana V4 itu dijangka popular untuk segmen middleweight membabitkan model sport untuk tunggangan urban, termasuk lebuh raya.
  • Sportbike 4-lejang yang pernah menggunakan konfigurasi enjin seperti itu suatu ketika dahulu ialah Honda VF500.
  • Saiz gerakxlejang ialah 53.5mmx55.2mm dengan menawarkan kuasa 56hp @ 10,000rpm dengan tork 45Nm @ 8,000rpm.

BACA >>> #ApaNakBuat: Sebelum Bergerak Memandu Jauh, Periksa Dulu 4 Benda Ini
BACA >>> Ducati Multistrada V4 yang Lebih Ringan, Berkuasa dengan Ekzos Akrapovic
BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan
BACA >>> Honda Bakal Lancar Motosikal CRF190L Rally (2022) Di China, Harga RM11k!

SUMBER: BikeSocial

Related

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Benda, Benda BD453, Benda BD476, Benda Motorcycle, Enjin V4 China, Pameran Motor Chonqing, roda2

Comments

  1. Insan says

    September 28, 2021 at 12:56 PM

    Nak eja Honda, jadi Benda

    Reply
  2. Kentanghangus says

    September 29, 2021 at 6:52 PM

    Sedangkan yg satu silinder SOHC orang masih ragu2 ini kan v4

    Reply
  3. Tajuddin says

    September 29, 2021 at 7:11 PM

    Terbaik

    Reply
  4. RDHalim says

    January 7, 2022 at 1:33 PM

    Tunggu benda 300cc

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev