• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R nineT Scrambler Kini di Malaysia Buat Penunggang Motosikal Tulen

BMW R nineT Scrambler Kini di Malaysia Buat Penunggang Motosikal Tulen

November 11, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-bg
BERITA baik buat peminat motosikal berkuasa tinggi Eropah, BMW R nineT Scrambler kini sudah siap berlabuh di pasaran tempatan, di mana varian baharu dalam segmen Heritage BMW R nineT Roadster itu dibawa masuk BMW Motorrad Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan BMW Malaysia, Han Sang Yun berkata, kehadiran BMW R nineT Scrambler  menghidupkan kembali era motosikal scrambler dengan cara tersendiri.

BMW R nineT Scrambler ada semangat tersendiri dan direka buat peminat motosikal tulen. Gaya motosikal ini digabungkan dengan teknologi dan kualiti yang selari dengan jenama BMW.

Tidak syak lagi, BMW R nineT Scrambler bersama BMW R nineT Roadster mewujudkan dunia baru bagi pengalaman BMW Motorrad Heritage.”

- Han Sang Yun

9 PERINCIAN BMW R NINET SCRAMBLER

the-new-bmw-r-ninet-scrambler-2

  1. BMW R nineT Scrambler datang dengan rekaan lampu depan bulat klasik yang menjadi ciri utama imej depan.
  2. Kluster instrumen menampilkan meter laju klasik dengan paparan analog. Paparan LCD dwibaris pula memaparkan maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan.
  3. Elemen menarik lain ialah tangki bahan api 17 liter diperbuat daripada keluli dengan kemasan cat dan cetakan timbul logo R nineT , manakala penutup rim menggunakan aluminium nipis.
  4. Rangka pembonceng boleh ditanggalkan. BMW R nineT Scrambler boleh ditunggang seorang atau berdua.
  5. Seiring karakter tunggangan aktif, BMW R nineT Scrambler dilengkapi sistem suspensi geometri untuk respons selekoh neutral.
  6. Sesuai gaya scrambler, suspensi depan ialah fork teleskopik dengan pelindung getah dan spring jelajah 125mm. Sementara itu, suspensi belakang dilengkapi lengan ayun sebelah (single-sided) Paralever seperti digunakan model boxer lain dan turut dipadankan dengan spring jelajah 140mm.
  7. Bahagian roda BMW R nineT Scrambler ditampung rim aloi 19-inci depan dan tayar 120/70, manakala tayar belakang 170/60 dengan rim aloi 17-inci.
  8. Imej paling menonjol ialah posisi ekzos lebih tinggi bersama dua peredam menegak. Kedudukan rapat dengan badan BMW R nineT Scrambler menyerlahkan penampilan badan lebih slim.
  9. Bagi mendapatkan kedudukan segi tiga ergonomik selesa, BMW Motorrad menawarkan posisi hendal lebih tinggi daripada BMW R nineT. Tempat pemijak kaki diletakkan lebih rendah dan sedikit ke belakang bagi mendapatkan posisi tunggangan lebih tegak dan santai.

ENJIN BOXER

BMW R nineT Scrambler
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-11

BMW R nineT Scrambler dijana enjin boxer 1,170cc dengan penyejukan udara/minyak yang mampu menghasilkan kuasa 110hp dan tork maksimum 116Nm pada 6,000 rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang diserahkan kepada kotak gear 6-kelajuan dan syaf pacu (driveshaft) universal.

Lebih menenangkan jiwa, BMW R nineT Scrambler dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard, bersama brek cakera 320mm dan kaliper 4-piston di depan. Roda belakang pula menggunakan brek cakera tunggal 265mm dan kaliper 2-piston.

HARGA JUALAN

BMW R nineT Scrambler ditawarkan dalam warna monolith metallic matt atau kelabu kusam. Turut ditawarkan ialah tangki edisi terhad dengan kemasan aluminium berus tangan (hand brushed aluminium) dengan jalinan kimpalan tampak (visible weave weld).

Harga jualan (tanpa insurans, termasuk GST) BMW R nineT Scrambler ialah RM92,900 seunit.

GALERI

bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-1
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-8
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-3
the-new-bmw-r-ninet-scrambler-2
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-7
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-6
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-5
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-4
BMW R nineT Scrambler
BMW R nineT Scrambler
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-11
BMW R nineT Scrambler
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-13
bmw-r-ninet-scrambler-2016-pandulaju-14

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad Malaysia, BMW R nineT Roadster, BMW R nineT Scrambler, roda2, scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev