• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Kota Kinabalu Dilancar, Jadi Pusat Servis Tunggal di Sabah

Volkswagen Kota Kinabalu Dilancar, Jadi Pusat Servis Tunggal di Sabah

November 9, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

volkswagen-kk
PUSAT servis Volkswagen Kota Kinabalu kini memulakan operasi di Sabah dan paling istimewa, pusat servis di bawah kendalian Kota Bumi Sdn Bhd adalah yang pertama seumpamanya di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Inisiatif itu adalah sebahagian komitmen Volkswagen dalam meningkatkan pengalaman pemilikan bagi pelanggan di Sabah. Justeru, pusat servis tersebut dilengkapi tiga ruang senggara dengan sepasukan mekanik bertauliah dan berpengalaman bagi memastikan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti.

Bagi menikmati waranti lima tahun ditawarkan, pemilik Volkswagen di Sabah mestilah melakukan proses servis dan baik pulih di Volkswagen Kota Kinabalu.

PROMOSI MENARIK

Sebagai sebahagian promosi pelancaran, Volkswagen Kota Kinabalu menawarkan pemeriksaan diagnostik untuk semua model Volkswagen dengan potongan 20 peratus bagi caj buruh untuk servis berserta tambahan diskaun 3.5 peratus untuk alat ganti. Tawaran promosi sah hingga 30 November ini.

Volkswagen Kota Kinabalu terletak di Lot 162, Lok Kawi Industrial Estate, KM18, Lok Kawi, 88820 Kota Kinabalu dan dibuka pada Isnin hingga Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 5:30 petang. Sebarang makluman boleh hubungi talian 016-878 3093.

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, pusat servis, Sabah, Volkswagen, Volkswagen Kota Kinabalu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev