N-VANCompo ialah versi naik tarafi daripada barisan kenderaan pelbagai guna (MPV) kecil Honda yang dilengkapkan dengan banyak kelengkapan utnuk berpiknik dan perkhemahan.
Honda baru saja menyiarkan imej N-Van Compo, iaitu model kamper yang dibangunkan daripada barisan MPV kecil N-Van. Versi naik taraf N-Van Compo ini dijangka diperkenalkan dengan dua lagi MPV, iaitu N-Box baharu dan Freed baharu pada awal Oktober depan di Jepun.
BACA >>> 8 Ganjaran Menarik Menanti Hidilyn, Termasuk Van 13 Tempat Duduk
BACA >>> Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020
N-Van edisi khas, iaitu versi Compo dilengkapkan banyak kelengkapan untuk kegunaan trip piknik dan perkhemahan. Paling signifikan ialah sengkuap (awning) yang dipasanglan pada sebelah kiri dan boleh ditarik untuk dijadikan kanopi atau khemah kecil.
Dalam kabin, ruang N-Van Compo direka menjadi rumah bergerak dan disertakan semua utiliti diperlukan. MPV pasaran domestik Jepun (JDM) ini memiliki dimensi panjang hampir 4.4 meter dan jarak roda 2.52 meter.
Kelengkapan lain yang menarik perhatian ialah katil boleh buka-lipat dengan keluasan 3 meter persegi, sekali gus memberikan cukup ruang untuk memuatkan dua dewasa.
MPV ini juga didatangkan dengan pintu kelambu untuk menghalang gangguan seranggan seperti nyamuk daripada menceroboh masuk ruang kabin ketika berkhemah malam.
Honda turut menawarkan pilihan khemah atas bumbung untuk ekstra ruang buat penumpang lain berehat. Tangga dipasangkan di pintu belakang untuk memudahkan akses ke khemah bumbung.
Bahagian belakang MPV boleh diatur menjadi dapur kecil, siap dengan pili, sinki, kabinet ketuhar gelombang mikro dan meja makan. Ini adalah salah satu daripada tiga rekabentuk dalaman yang dihasilkan Honda untuk N-Van Compo.
Sebagai tambahan, pemilik boleh memilih untuk menyusun lebih banyak barangan keperluan seperti ketuhar, skrin hiburan, dan rak simpanan. Meja berdiri disediakan di belakang MPV untuk tujuan berpiknik.
Honda turut merekabentuk banyak kabinet dan simpanan untuk N-Van Compo. Tangki air bersih dipasangkan di belakang untuk kegunaan memasak dan cucian asas.
Di Jepun, N-Van dijual pada harga bermula sekitar 1,276,000 yen (RM48,540) untuk pacuan roda depan (FWD), hingga 1,872,200 yen (RM71,245) untuk varian pacuan empat roda (4WD) turbo enjin turbo.
N-Van didatangkan dalam empat varian dengan opsyen enjin petrol aspirasi natural (NA) 660cc berkuasa 52hp dan enjin 660cc turbo (63hp) dengan transmisi automatik CVT dan manual 6-kelajuan, serta pilihan FWD, dan 4WD. Menariknya, setiap varian dipakejkan bersama ciri bantuan pemandu Honda SENSING sebagai standard.
BACA >>> Honda N-One (2021) Kini dengan Kit Badan Mugen untuk Gaya Lebih Sporty
SUMBER: Honda.co.jp
Simon says
Very interesting? Where can i buy this?
AO says
Buy drom AP dealer