• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport...

Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport...

September 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

BELI kereta itu satu perkara tetapi perkara yang paling penting selepas itu ialah kos penyelenggaraan perlu diambil berat agar kenderaan kekal berprestasi pada tahap optimum. Apatah lagi jika ia sebuah Bugatti Chiron Pur Sport.

Individu bernama Muhammad Al Qawi Zamani menerusi perkongsian di Facebook sudah menyenaraikan kos untuk penyelenggaraan Chiron Pur Sport semasa lawatan beliau ke Bugatti Singapura (Wearnes Automotive) iaitu pengedar rasmi Asia Tenggara.

Semua servis dan penyelenggaraan Bugatti dilakukan satu pasukan kecil terdiri daripada 10 orang di seluruh dunia. Secara purata, masa diambil ialah antara 24 hingga 27 jam. Berikut ialah perkongsian kos servis dan penyelenggaraan Chiron Pur Sport (2021):

BACA >>> Bugatti Chiron Super Sport (2022) - Varian Grand Tourer Mewah yang Laju, RM16j!

TUKAR MINYAK ENJIN

  • Harga penukaran minyak enjin ialah RM104,613 dan dibuat setiap 14 bulan atau 16,000km (mana-mana tiba dulu), membabitkan penggunaan minyak enjin Castrol Edge Fluid Titanium Technology SAE 10W-60, penapis minyak, bendalir penyejukan (coolant) dan pembersihan 16 unit palam salir.

BREK

  • Set brek cakera depan jenis karbon seramik 420mm berharga RM209,230
  • Set pad brek depan jenis titanium untuk kaliper 8-piston, harga RM37,661
  • Bendalir brek, pembersihan komponen, penggantian kabel dan lain-lain, harga RM246,886

RIM DAN TAYAR

  • Jangka hayat maksimum rim ialah 14 hingga 16 bulan atau setiap 16,000km, harga RM209,225
  • Ada dua jenis tayar ditawarkan untuk model Bugatti Chiron dan Bugatti Chiron Pur Sport. Tayar pula memiliki jangka hayat dan kadar cengkaman (traction) 16 hingga 18 bulan. Saiz tayar ialah 285/30 R 20 (depan) dan 355/25 R 21 (belakang)
  • Kelajuan dan Keselesaan (Comfort + Highspeed)
    • Pirelli Winter Sottozero 3 / Michelin Pilot Sport PAX  / Michelin Pilot Sport Cup 2 XL - Harga RM33,476
  • Cengkaman Maksimum dan Kelajuan (Maximum traction + Highspeed)
    • Tayar khas Michelin Pilot Sport Cup 2R TR untuk Chiron Pur Sport - Harga RM175,749

KOMPONEN LAIN

  • Cermin depan, harga RM251,070 
  • Pengilap cermin, harga  RM15,902
  • Pengecas turbo Garret (Quad) ada jangka hayat maksimum 42 hingga 48 bulan, harga RM108,797 
  • Penyejuk bolong udara (air vent) jangka hayat maksimum 42 hingga 48 bulan, harga RM92,059
  • Tangki minyak dengan jangka hayat maksimum 48 bulan, harga RM184,118

SERVIS TALAAN

  • Talaan enjin, kaliberasi dan penyesuaian untuk prestasi optimum (aci sesondol), harga RM119,677

CAT

  • Bergantung kepada opsyen warna dan material. Anda dinasihatkan basuh dengan tangan dan bukannya konsep jetwash. Ada lapan lapisan coating dimasukkan dalam cat. Harga RM230,963.

Kos penyelenggaran dan servis Bugatti Chiron Pur Sport bagi tempoh empat tahun pemilikan ialah RM1.612 juta dan itu tidak termasuk cukai, upah buruh, yuran janji temu, kos pengangkutan udara dan perjalanan.

Bagi anda yang beli kereta itu untuk dijadikan item pelaburan (tidak bercadang memandunya dan menyimpan di satu lokasi), kos penyelenggaraan bagi setiap 14 bulan ialah sekitar RM439,373.

BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

SUMBER:  Muhammad Al Qawi Zamani 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bugatti Chiron Pur Sport, Castrol Edge Fluid Titanium Technology SAE 10W-60, Garret, Michelin Pilot Sport Cup 2 XL, Michelin Pilot Sport Cup 2R TR, Michelin Pilot Sport PAX, Muhammad Al Qawi Zamani, Pirelli Winter Sottozero 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev