• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

September 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Melaka menahan dua individu kerana disyaki sengaja membakar tiga unit kereta milik sendiri kerana mahu membuat tuntutan palsu insurans untuk melangsaikan hutang ah long.

Tiga kereta dibakar itu ialah Bentley Continental GT, Ford Fiesta dan Hyundai Accent di Taman Merdeka, Batu Berendam di Melaka.

BACA >>> Tidak Terkesan Pandemik, Bentley Catat Jualan Tertinggi dalam Sejarah 102 Tahun!

Bakar Kereta Melaka Insurans -3
Bakar Kereta Melaka Insurans -0

Kedua-dua suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada 13 dan 14 September lalu selepas didapati membuat tuntutan insurans kira-kira RM250,000 untuk melangsaikan hutang ah long bernilai RM500,000.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek pertama membuat laporan mengatakan kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik

Selepas itu, polis terima dua lagi laporan daripada individu berbeza mendakwa berlaku insiden  kebakaran membabitkan kereta jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.

Kedua-dua suspek ditahan polis kerana laporan dibuat menimbulkan keraguan dan sudah dihadapkan ke mahkamah serta direman tujuh hari. Polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan barang bukti. Kes akan disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Polis Brazil Guna Kenderaan Mewah, Sport Penjenayah Sebagai Aset Penguatkuasaan
BACA >>> Bugatti Chiron Super Sport (2022) - Varian Grand Tourer Mewah yang Laju, RM16j!
BACA >>> Piaggio Ape E-City - Beca Elektrik untuk Ganti Enjin Petrol di India

SUMBER: Polis Melaka

Related

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Batu Berendam, Bentley Continental GT, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali, Ford Fiesta, Hyundai Accent, Polis Melaka, Taman Merdeka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev