YAMAHA Motor India melancarkan model generasi keempat sportbike YZF-R15 yang hadir dengan tiga varian pilihan iaitu standard, M dan edisi terhad MotoGP.
Motosikal sport terbaharu itu hadir dengan rombakan rekabentuk dengan beberapa ciri tambahan untuk membolehkannya berada selangkah di hadapan pesaing lain dalam pasaran. Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Yamaha RD500LC (1985) 2-Lejang V4 Berjaya Dilelong, Harga RM77.6k!
HARGA ASAS R15 V4
- Standard Metallic Red: 167,800 rupee (RM9,533)
- Standard Dark Knight: 168,800 rupee (RM9,590)
- Racing Blue: 172,800 rupee (RM9,817)
- M: 177,800 rupee (RM10,101)
- MotoGP: 179,800 rupee (RM10,215)
- 4-lejang silinder tunggal SOHC 4-injap 155cc VVA dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api, menghasilkan 18.1hp @ 10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan klac basah dengan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&), Sistem Kawalan Traksi dan Quick Shifter (QS). Hanya model Racing Blue dan M dipasang QS sebagai ciri standard.
- Varian M menerima balutan pelana berbeza, logo tiga dimensi (3D) dan kaliper brek berwarna emas.
- Model generasi keempat (V4) menerima desain baharu yang menekankan faktor aerodinamik, mirip sportbike R7 dan hadir dengan lampu projektor LED dwi-paparan dan lampu siang LED.
BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Honda CBR150R ABS (2021), Harga Mula RM12,499
- Visor angin ditinggikan dan mempunyai rekabentuk tangki minyak lebih maskular serta sistem ekzos yang lebih sporty. Klip bar hendal ditukar untuk gaya tunggangan perlumbaan seakan jentera Yamaha M1 MotoGP.
- Instrumen meter digital baharu yang sarat dengan maklumat tunggangan termasuk fungsi Kawalan Traksi (TCS), mode tunggangan Track dan Speed serta sambungan Y-Connect dan telefon pintar.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
- Sistem suspensi membabitkan fork terbalik (USD) warna emas 37mm dengan sistem penyerap hentak tunggal.
- Dipasang sensor untuk menghalang enjin dihidupkan selagi tongkat sisi tidak dinaikkan.
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
- Sistem hon berkembar dengan setiap satu diposisikan pada kedudukan berbeza untuk keselamatan penunggang.
- Motosikal seberat 142kg menawarkan pelana bertingkat setinggi 815mm dan tangki minyak 11 liter.
- Rim 17 inci dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang). Swingarm aluminium untuk mengurangkan berat keseluruhan motosikal selain memberi kendalian lebih baik.
- Sistem henti membabitkan brek cakera tunggal 282mm (depan) dan 220mm (belakang) dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwisaluran.
BACA >>> Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?
SUMBER: Yamaha India
Leave a Reply