• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori, Disyaki Langgar Lampu Merah

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori, Disyaki Langgar Lampu Merah

September 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penunggang motosikal maut digilis lori kerana melanggar lampu isyarat merah di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Perak, pagi tadi.

Insiden tragis itu berlaku kira-kira jam 8.15 pagi dekat lampu isyarat menghala Lintang, dan mangsa ialah penunggang lelaki berusia 60-an.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, ketika kemalangan berlaku, lori dengan muatan tanah itu dipandu lelaki berusia 30-an dari arah Kuala Kangsar menghala ke Ipoh.

Mangsa pula menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan datang dari arah Lintang ke Sungai Siput, dikatakan melanggar lampu isyarat merah.

Tindakan mangsa menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan menghentikan kenderaan lalu melanggar dan menggilis mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta Kong Tiba-Tiba?
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!
BACA >>> 15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

SUMBER: Utusan

Related

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hospital Sungai Siput, modenas kriss, Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev