HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan tiga warna dan grafik baharu untuk naked bike Yamaha MT-15 pada harga disyorkan RM11,988 (sama harga lama), tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.
MT-15 ialah streebike popular Yamaha di Malaysia selepas menggantikan FZ150i. Rekabentuk MT-15 mengambil ilham rekabentuk barisan model MT sedia ada seperti MT-25, MT-07, MT-09 dan MT-10. Label 'MT' adalah akronim kepada 'Master of Torque', yang bermaksud 'Raja Tork'.
BACA >>> Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!
BACA >>> Yamaha MT-15 (2021) Thailand Kemas Kini Warna Baharu
Enjin model MT ditala untuk memberikan respon tork tinggi bagi menghasilkan pikap yang kuat. Berikut ringkasan spesifikasi MT-15 (2021):
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
- Lampu depan LED dengan lampu posisi kembar.
- Menggunakan teknologi injap variabel VVA (variable valve actuation) yang membolehkan enjin MT-15 memberikan tork kuat pada rev rendah dan kuasa maksimum tinggi pada rev tinggi, termasuk memberikan respons enjin lancar.
- Enjin MT-15 ini turut digunakan beberapa model Yamaha lain seperti NMAX 155, NVX 155, dan YZF-R15.
- Menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
- Dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist and Slipper (A&S) untuk anjakan gear lebih lancar dan selesa.
- Memiliki berat basah 133kg, tinggi pelana 810mm, manakala kapasiti tangki 10 liter.
- Panel meter digital negatif multi-info dengan paparan spidometer, takometer, odometer, bar petrol, dan indikator gear.
- Tayar jenis tiubles saiz 110/70-17 M/C (depan) dan 140/70-17 M/C (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 282mm dengan kaliper 2-piston di depan dan cakera tunggal di belakang.
- Ditawarkan dalam tiga warna baharu: Blue (Biru), Black (black) dan Grey (kelabu).
- Setiap pembelian akan diberikan kunci cakera brek Yamaha percuma bernilai RM100.
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha FZ150i dengan Gaya Kawasaki Z1000 Ekstrem
BACA >>>> #BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing
Leave a Reply