• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Casper 2022 Catat Hampir 19,000 Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam

Hyundai Casper 2022 Catat Hampir 19,000 Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam

September 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HYUNDAI menerima tempahan sebanyak 18,940 unit model Casper edisi 2022 dalam tempoh 24 jam selepas majlis pelancarannya di Korea Selatan. Harga bagi model crossover itu bermula serendah 13,850,000 won (RM48,974).

Salah seorang pembeli kereta yang dikategori sebagai mini kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ialah Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. Casper ialah model pertama dihasilkan Gwangju Global Motors, iaitu usahasama antara Hyundai Motor dan kerajaan bandar Gwangju.

BACA >>> Hyundai Mahu Fokus Jualan Kenderaan Tenaga Bersih, Kereta Terbang

Hyundai Casper 2022 - 11
Hyundai Casper 2022 - 10

Presiden Moon dikatakan membuat tempahan menerusi internet dan mahu menggunakan kereta itu sebagai kegunaan peribadi serta memandunya selepas bersara.

Ada dua pilihan trenkuasa petrol iaitu 1.0 liter MPI menghasilkan kuasa  76hp dan enjin 1.0 liter T-GDI turbo dengan kuasa 100hp. Kotak gear digunakan ialah automatik 4-kelajuan.

Mode pemanduan termasuk Road (jalan biasa), Snow (salji), Sand (pasir) dan Mud (lumpur). Sistem pacuannya ialah roda depan.

BACA >>> Kajian: Pemandu UK Belum Yakin dengan Kereta Pandu Sendiri

Hyundai Casper 2022 - 8
Hyundai Casper 2022 - 5
Hyundai Casper 2022 - 6
Hyundai Casper 2022 - 9

Ukuran panjang Hyundai Casper 2022 adalah kurang 4 meter iaitu cuma 3,595mm dan selebar 1,595mm dan tinggi 1,575mm. Biarpun begitu, ia bukan penghalang untuk membawa empat penumpang.

BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap Recall di UK

Hyundai Casper 2022 - 3
Hyundai Casper 2022 - 4

Casper dikatakan model crossover paling kecil keluaran Hyundai di Korea Selatan tetapi lengkap dengan rangkaian penuh komponen standard masa kini. Ini termasuk skrin infotainmen 8 inci dengan fungsi sistem navigasi, skrin meter digital 4.2 inci dan kerusi boleh lipat.

Pakej keselamatan membabitkan Hyundai SmartSense ADAS dengan fungsi:

  • Bantuan Cegah Rempuhan Depan
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Bantuan Cegah Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan dan Kawalan Kelajuan Automatik berdasarkan sistem navigasi
  • Kawalan Kruise Pintar

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?
BACA >>> Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?
BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!

Hyundai Casper 2022 - 2
Hyundai Casper 2022 - 0
Hyundai Casper 2022 - 1
Hyundai Casper 2022 - 9
Hyundai Casper 2022 - 11
Hyundai Casper 2022 - 10
Hyundai Casper 2022 - 4
Hyundai Casper 2022 - 3
Hyundai Casper 2022 - 8
Hyundai Casper 2022 - 5
Hyundai Casper 2022 - 6

SUMBER: KoreaJoongangDaily | Sanook

Related

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Casper 2022, Hyundai Mini SUV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev