• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Keranamu Penumpang, Pemandu Uber Ini Nekad Redah Air Pasang

Keranamu Penumpang, Pemandu Uber Ini Nekad Redah Air Pasang

November 4, 2016 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

pemandu-uber-air-pasang
INILAH bukti seorang pemandu pengangkutan awam yang berdedikasi. Seorang pemandu Uber di Britain terkandas di pertengahan laluan tambak akibat tersilap mengagak kelajuan air pasang yang akhirnya menutup akses utama ke tanah besar.

Menurut The Express, pada masa sama, seorang lelaki Matt Bradshaw dan seorang rakannya sedang merakamkan video kota terkenal di Pulau Holy dekat luar pantai Northumberland dengan menggunakan kamera dron.

Menurut Bradshaw, dalam perjalanan pulang, dia terperasan sebuah sedan putih sedang bergelut meredah air pasang yang membanjiri laluan tambak yang menghubungkan Pulau Holy dan tanah besar. Dia kemudian terus saja merakamkan aksi cemas dan dramatik tersebut.

Saya pergi ke Pulau Holy dengan kawan untuk membuat rakaman kota. Kami lihat kereta itu datang dari arah pulau. Dia sangat berani dan saya ambil keputusan merakamkannya," kata Bradshaw.

PERTAMA KALI LIHAT

pemandu-uber-air-pasang-1
pemandu-uber-air-pasang-2

Kereta putih tersebut dipandu seorang pemandu Uber bersama penumpangnya. Pemandu itu kelihatan dapat merentasi laluan tambak yang sedang digenangi air sebelum berhenti di tengah laluan yang masih lagi kering. Sebaik saja menghentikan kereta, seluruh laluan tambak mula dipenuhi air pasang, sekali gus memutuskan akses ke tanah besar.

Penumpang Uber kelihatan membuka pintu dan melambai kepada kamera dron Bradshaw. Tidak lama kemudian, petugas keselamatan yang sememangnya sudah biasa dengan insiden seumpama itu tiba untuk menyelamatkan mereka berdua.

Saya berada dalam tentera selamat 24 tahun dan sudah lihat banyak perkara. Tetapi belum ada lagi jumpa benda tidak masuk akal seperti ini," kata Bradshaw lagi.

Tambak Pulau Holy kerap dinaiki air pasang dan masa selamat menyeberang sememangnya sudah dinyatakan di laluan masuk sebagai makluman kepada pemandu. Bagaimanapun, pemandu Uber itu tidak mengetahui notis berkenaan.

Mungkinkah dia patut memandu Tesla Model S yang pernah dirakamkan dapat berenang meredah banjir? 😛

SUMBER: Express.co.uk

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kamera dron, pemandu Uber, pemandu Uber redah air pasang, pengangkutan awam, penumpang Uber, Uber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev