MODENAS sudah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk skuter Elegan 250 ABS iaitu Satin Matte Blue (biru) dan mengekalkan opsyen warna Satin Matte Black (hitam). Harga yang disyorkan kekal RM15,315!
Warna biru itu adalah seragam baharu ialah menjadi warna pengganti kepada Satin Matte Red (merah) yang sudah ditamatkan. Berdasarkan maklumat diterima, masih ada pilihan varian Elegan 250 ABS merah di pasaran tetapi bilangannya semakin terhad.
BACA >>> Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!
Aspek teknikal skuter suku liter itu kekal seperti model tahun 2020 dan berikut ialah spesifikasinya:
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal SOHC 2-injap 249.1cc dengan sistem penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 22.1hp @ 7,000rpm dan tork 22.4Nm @ 6,500rpm. Menggunakan sistem transmisi CVT dan sistem pemacu tali sawat.
- Lampu depan jenis projektor dengan lampu siang (DRL), lampu belakang pula berkonsep abjad ‘X’ jenis LED.
- Ada soket USB disediakan di dalam kotak simpan pemuka untuk membolehkan anda mengecas semula bateri telefon pintar semasa menunggang.
- Kluster instrumen digital multifungsi dengan pelbagai paparan maklumat tunggangan termasuk spidometer, odometer, jam digital, indikator voltan bateri dan pengingat penukaran minyak yang tiada pada model berharga lebih premium.
- Sistem henti membabitkan cakera tunggal 260mm (depan) dan 240mm (belakang) dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Sistem suspensi ialah fork teleskopik (depan) dan absober berkembar (belakang).
BACA >>> Modenas Lancar Dominar D400 (2021), Harga Mula RM13.9k!
BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
Leave a Reply