• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bilik Pameran dan Pusat 3S Mitsubishi Kini Dibuka Di Bandar Bukit Raja, Klang

Bilik Pameran dan Pusat 3S Mitsubishi Kini Dibuka Di Bandar Bukit Raja, Klang

September 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedar MN Wheels membuka satu lagi Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Bukit Raja, Klang di Selangor baru-baru ini.

Premis terbaharu seluas 5,000 kaki persegi itu terletak di 36, Jalan Astaka 4, Bandar Bukit Raja dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan Mitsubishi.

Antaranya ialah ruang istirahat dengan perkhidmatan sambungan WiFi dan bilik pameran yang boleh menempatkan dua model kenderaan Mitsubishi pada satu-satu masa.

xpander.png copy
triton_x-1.png copy

Selain ruang pameran, premis itu juga dilengkapi tiga ruang servis dan penyelenggaraan untuk baik pulih semua jenis kenderaan Mitsubishi bagi pelanggan yang mendiami kawasan berhampiran.

Bilik pameran itu adalah premis kedua MN Wheels selepas cawangan pertama di buka di Kuala Selangor. Kedua-dua bangunan itu memaparkan identiti jenama korporat baharu Mitsubishi Motors.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi menyampaikan ucapan tahniah kepada MN Wheels atas kejayaan membuka satu lagi bilik pameran Mitsubishi Motors di Selangor.

“Kami berada dalam persekitaran bisnes yang amat mencabar dan itu bukan penghalang kepada MN Wheels untuk meneruskan rancangan pengembangan bisnes dengan membuka satu lagi bilik pameran dengan indentiti korporat baharu.”

Shinnishi mendedahkan MMM ada pelan untuk membuka satu lagi bilik pameran baharu bagi setiap suku tahun bagi Tahun Kewangan 2021 (bermula April 2021 hingga Mac 2022).

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
BACA >>> Mitsubishi Xpander Limited Edition (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM115k!
BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mitsubishi Bukit Raja, Mitsubishi Motors Malaysia, MN Wheels

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev