PELUMBA Itali, Francesco Bagnaia sekali lagi menjadi juara dalam aksi serba mendebarkan di GP San Marino di Misano, sebentar tadi, manakala rookie Enea Bastianini mendapat debut podium buat dirinya di tempat ketiga.
Selepas mengetepikan cabaran Marc Marquez seminggu lalu di Aragon, Bagnaia kali ini dicabar Fabio Quartararo di lap akhir.
Pelumba Monster Energy Yamaha itu cuma ketinggalan 0.2 saat di belakang Bagnaia ketika aksi bermula, tetapi akhirnya dapat mengetepikan pendahulu ranking itu. Ini bermakna, Quartararo mengumpul 53 mata mendahului Bagnaia yang mendapat kelebihan 48 mata ketika perlumbaan berbaki empat pusingan lagi musim ini.
BACA >>> Bagnaia Halang Marquez Jadi Juara GP Sepanyol, Mir Pungut Mata Berharga
Quartararo bergelut untuk menandingi kelajuan jentera Ducati pada awal perlumbaan, tetapi mula mendapat momentun pada separuh pusingan kedua. Menggunakan tayar belakang medium, Quartararo dapat memintas rakan pasukan Bagnaian, Jack Miller dan mendekatkan masa daripada 3 saat kepada 1 saat pada penghujung lima pusingan akhir.
Miller pula berentap dengan Bastianini yang menunggang jentera Avintia spesifikasi 2019 sebelum terpaksa akur dengan kelebihan dimiliki rookie itu ketika perlumbaan berbaki 9 pusingan.
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026
Aksi kali ini juga adalah perlumbaan terakhir Rossi di Misano.
Duo Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir bermula perlahan tetapi perlahan-lahan mendapat momentun. Rins memintas Marquez untuk kedudukan kelima, tetapi terbabit kemalangan. Kedudukan kelima itu direbut Mir, tetapi dikenakan penalti turun satu kedudukan kerana melanggar had trek di lap akhir.
Pelumba Aprilia, Maverick Vinales mendapat tempat ke-13 dalam aksi keduanya bersama pasukan baharunya itu, manakala pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang kembali berlumba selepas pulih daripada pembedahan lutut menamatkan perlumbaan di tempat ke-18, di belakang rakan pasukannya, Valentino Rossi.
Sementara itu, Andrea Dovizioso yang menggantikan pelana Vinales untuk pasukan pengilang Yamaha, sekadar mengakhiri saingan di kedudukan terakhir.
Dalam aksi Moto2, eplumba negara Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP), sekadar berpuas hati di tempat ke-18.
BACA >>> TMJ Nak Taja Hafizh?
BACA >>> Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!
KEPUTUSAN GP ITALI 2021
- Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) 41m 48.305s
- Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +0.364s
- Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +4.789s
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +10.245s
- Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +10.469s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +10.325s
- Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +13.234s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +15.698s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +16.129s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +18.519s
- Michele Pirro ITA Ducati Team (GP21) +20.373s
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +21.066s
- Maverick Viñales SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +21.258s
- Stefan Bradl GER HRC (RC213V) +28.142s
- Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +30.686s
- Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +32.654s
- Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +33.853s
- Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +36.272s
- Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +36.839s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +37.202s
- Andrea Dovizioso ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +42.587s
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
- Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) DNF
- Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* DNF
Leave a Reply