• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masjid Perlis Buka Sepenuhnya dengan SOP Ketat

Masjid Perlis Buka Sepenuhnya dengan SOP Ketat

September 19, 2021 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PERLIS membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bermula Rabu ini (22 September) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hanya anak kariah yang sudah melengkapkan vaksin Covid-19 dibenarkan hadir ke masjid.

Vaksin lengkap dimaksudkan adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua untuk vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac. Bagi vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan dos kedua

Baginda bertitah demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), malam tadi.

BACA >>> 76.8 Peratus Dewasa Sudah Lengkap Vaksin, Malaysia Bakal Pulih Menjelang Oktober

masjid-perlis-2
masjid-perlis-1

Sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umun lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah individu yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain yang dibenarkan ialah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus, titah baginda.

BACA >>> Kompaun RM10k Serta-Merta untuk Premis Langgar SOP

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Masjid di Perlis Dibuka, SOP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev